Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Lari Lepas Langgar...

KECOH menerusi media sosial video seorang pemandu Suzuki Swift yang menukar lorong secara...

Lelaki Tembak Diri Sendiri...

KEGEMBIRAAN menyambut parti hari jadi bertukar menjadi sebaliknya apabila seorang lelaki telah menembak...

Awas Jangkitan Melioidosis Selepas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku penyebaran penyakit berjangkit...

Kibar Jalur Gemilang Bukan...

PARIT - Bagi sesetengah individu mengibarkan Jalur Gemilang adalah tugas yang perlu dilaksanakan...

Sultan Johor Nasihat Kanak-Kanak Tidak Bermain Banjir

KLUANG – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan melawat 241 mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana, Simpang Renggam, di sini.

Baginda yang berangkat tiba pada pukul 2 petang meluangkan masa kira-kira 15 minit menceriakan mangsa terutama kanak-kanak.

Sambil bersalaman dan beramah mesra, baginda turut menasihati kanak-kanak itu supaya tidak bermain banjir bagi menjaga keselamatan mereka.

Baginda turut berpesan supaya kanak-kanak itu belajar bersungguh-sungguh.

Terdahulu, pada sebelah pagi, Sultan Ibrahim turut melawat mangsa banjir di pusat pemindahan SK Kota Dalam dan SK Suria Perdana di Batu Pahat dan Balai Raya Mengkibol, di sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Abd Taib Abu Bakar yang ditemui pemberita kemudian berkata Sultan Ibrahim mengambil perhatian berat mengenai paras air di Empangan Machap di kawasan itu.


Menurut Abd Taib, baginda menitahkan supaya empangan dibuka sedikit demi sedikit sebelum mencapai paras bahaya.

Abd Taib berkata ketika ini paras empangan tersebut belum mencapai bahaya iaitu pada 5.7 meter berbanding paras bahaya 7 meter.

Pusat pemindahan SK Seri Kencana dibuka sejak semalam dan menempatkan 55 keluarga.

Kesemua mangsa merupakan penduduk dari Kampung Haji Noor, Kampung Batu 6, Kampung Parit Jepun, Kampung Sungai Rambai, Kampung Paya Palembang, Kampung Sungai Ampangan dan Kampung Ulu Benut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori