Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pak Ya Pernah Ditahan...

KUALA NERANG - Kerana miliki misai yang unik menyebabkan lelaki kelahiran Kampung Pinang,...

Lelaki Maut, Rakan Parah...

IPOH - Seorang pekerja di sebuah syarikat penapisan air rentung manakala rakannya cedera...

Bebas Daripada Penjara Kerana...

DEVON – Seorang pemuda yang didapati bersalah oleh mahkamah di sini baru-baru ini...

Jualan Tiket Final Kedua...

KUALA LUMPUR - Penyokong skuad Harimau Malaya boleh membeli tiket final kedua Piala...

Sultan Johor Berkenan Rasmi Majlis Chap Goh Mei

JOHOR BAHARU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan Majlis Sambutan Chap Goh Mei anjuran Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan Tourism Johor di Pusat Konvensyen Danga Bay di sini malam tadi.

Baginda yang berangkat bersama isteri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah tiba di pusat konvensyen itu pada pukul 8 malam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong dan beberapa anggota exco kerajaan negeri.

Majlis sempena hari terakhir sambutan Tahun Baru Cina itu dihadiri lebih 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk 15 persatuan Cina di negeri ini.

Pada majlis itu, Sultan Johor juga meluangkan masa mengagihkan limau mandarin kepada tetamu-tetamu yang hadir.


Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tarian singa, persembahanan daripada artis seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Melody Tan serta pertunjukan bunga api.

Terdahulu, dalam ucapan aluan beliau, Tee berkata majlis itu adalah seiiring dengan permuafakatan yang terjalin antara masyarakat Malaysia di Johor tanpa mengira latar belakang kaum dan agama mereka.

“Permuafakatan ialah salah satu faktor penting untuk kita bertambah kukuh dari segi ekonomi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori