Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

“Saya Akan Kongsi Kisah...

APAKAN daya, jodoh penyanyi, Sufian Suhaimi dan pelakon, Elfira Loy tidak kesampaian apabila...

Lima Suspek Geng Pecah...

SEREMBAN - Lima suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah bekas...

3 Kali Dirompak, Ayu...

BERIKUTAN kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya baru-baru ini, pelakon Ayu Raudhah mengakui...

Restoran Diskaun Ikut Saiz...

BEIJING - Pada 2015 lalu, China gempar apabila sebuah retoran di Jinan, ibu...

SUKMA: Perak Dipaksa Kerja Keras, Seri 1-1 Menentang Sarawak

LUMUT – Juara dua kali berturut-turut acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma), Perak gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 menentang Sarawak pada aksi sulung Kumpulan A di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini malam ini.

Skuad kendalian Chan Wing Hoong itu yang mempertaruhkan lapan pemain PKNP FC untuk mempertahankan pingat emas bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal pelawat seawal minit kedua menerusi Amir Amri Salleh yang bijak menghidu kealpaan barisan pertahanan Perak.

Peluang terbaik Perak datang pada minit ke-47 setelah pengadil menghadiahkan sepakan penalti namun pemain tengah C. Suwarnaraj gagal memanfaatkan peluang terhidang itu.

Bagaimanapun Muhamad Asyraaf Mat Pushni berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-51 hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol lawan Andy Nicholas Nipen.

Sebelum itu pada aksi sebelah petang di venue yang sama, menyaksikan Negeri Sembilan melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Perlis, yang juga daripada Kumpulan A.

Penyerang Negeri Sembilan Nor Syafiq Syazwan Abd Rahman menjadi wira selepas menjaringkan gol pada minit ke-38 menerusi sepakan penalti dan sepakan di dalam kawasan petak D pada minit ke-64, manakala gol sagu hati Perlis diperoleh menerusi tandukan M.K. Aathishesan pada minit ke-43.

Sementara itu pada aksi Kumpulan B pula di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim petang tadi, gol tunggal Wilayah Persekutuan yang dijaringkan Muhammad Amirul Nizam Mohd Azmi (minit ke-39) sudah cukup untuk menewaskan Johor.


Wilayah Persekutuan dan Johor berada dalam Kumpulan B, selain daripada Terengganu.

Esok, Kedah akan bertemu Pahang pada pukul 4.30 petang di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini bagi perlawanan peringkat Kumpulan D, selain daripada Kelantan menentang Selangor daripada kumpulan yang sama di stadium yang sama pada pukul 8.45 malam.

Melaka bakal beraksi menentang Sabah bagi peringkat Kumpulan C di Stadium Mini Parit Buntar pada pukul 8.45 malam.

Melaka dan Sabah berada dalam Kumpulan C bagi acara bola sepak selain Pulau Pinang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Sukma

Kategori