Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jemaah Pakej Harus Buat...

MAKKAH - Jemaah haji yang menunaikan ibadat haji melalui pakej-pakej oleh agensi yang...

Jabatan Peguam Negara Terima...

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara telah menerima kertas siasatan berkaitan 1Malaysia Development Bhd....

Anwar Lupa Tiada Siapa...

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak patut membidas SPRM kerana menyiasat Hakim...

PH Tidak Penuhi Janji...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan...

Suami Wanita Yang Dipercayai Mati Dibunuh Bersama Anaknya Ditahan

SERDANG – Polis menahan suami wanita yang dipercayai mati dibunuh bersama anaknya dalam kejadian di Taman Rawang Perdana 2, Rawang, dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata suspek berusia 30-an yang bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan di lokasi kejadian kira-kira 3 petang semalam.

Katanya, polis masih lagi menyiasat motif pembunuhan berkenaan dan akan mengambil keterangan keluarga serta jiran-jiran mangsa bagi mengetahui keadaan hubungan suspek dengan isterinya.

“Polis akan menyiasat dari semua aspek termasuk pergerakan suspek pada hari kejadian menerusi kamera litar tertutup (CCTV),” katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Serdang di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, pemangku ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias dilantik sebagai ketua polis daerah yang baharu menggantikan ACP Razimi Ahmad.

Semalam, seorang wanita berusia 34 tahun dan bayinya berusia tujuh bulan ditemui mati di rumah mereka.


Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, wanita itu ditemui terbaring di tepi katil, manakala bayinya terbaring di atas katil di dalam sebuah bilik rumah teres dua tingkat di taman itu.

Dalam kes berasingan, Abd Rahim berkata polis masih memburu tiga lagi suspek dipercayai warga asing yang terlibat dengan kes samun bersenjata yang melarikan diri selepas tiga rakan mereka di tembak mati di sebuah bangunan lama kondominium Highland Towers, Hulu Klang, Selangor.

“Siasatan menunjukkan suspek terlibat dalam 10 kes samun dengan sembilan di Selangor dan satu di Pahang…kesemua suspek dipercayai masih berada sekitar Selangor,” katanya.

Selasa lepas, tiga daripada enam suspek bersenjata dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Selangor, ditembak mati selepas mereka cuba menyerang polis dengan senjata tajam di bangunan berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori