Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Diploma Pelajar Selfie Digantung...

TINDAKAN seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21,...

Wanita Potong Alat Sulit...

GANAS…wanita berusia 26 tahun ini Brenda Barattini merupakan seorang arkitek namun dia telah...

BB Bakal Hadir Dengan...

BlackBerry Classic sedia mempunyai papan kekunci fizikal, tetapi bagaimana pula dengan peminat yang...

ICYL Fokus Lahir Usahawan...

PUTRAJAYA - Persidangan Antarabangsa Pemimpin Muda (ICYL) 2015 di ibu negara dari 19...

Suami Isteri Hadapi 5 Pertuduhan Tipu Pakej Umrah

TEMERLOH – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, masing-masing didakwa atas lima pertuduhan kerana menipu dan bersuhabahat menipu pakej umrah membabitkan jumlah kerugian RM53,224.

Kedua-dua tertuduh Ishak Hasan, 40, dan isterinya Elmirushuhada Amerudi, 27, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Temerloh Tei Pei Si.

Mengikut kertas pertuduhan, Ishak dan Elmirushuhada didakwa melakukan kesemua perbuatan tersebut dari Mei hingga Julai tahun lalu di Balai Raya Felda Lakum dan Sekolah Agama Rakyat Felda Lakum, Lanchang, di sini.

Ishak dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Elmirushuhada pula didakwa mengikut Seskyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen yang sama.​​​​​

​​​​​​​Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp M Sutakar manakala tertuduh diwakili peguam M Varunchelvam.

Sutakar kemudian memohon kepada mahkamah untuk menetap satu tarikh sebutan semula selain membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.


​​​​​​​​​​​​​​Bagaimanapun Varunchelvam merayu mahkamah agar membenarkan jumlah jaminan yang lebih ringan memandangkan tertuduh pertama hanya berpendapatan RM800 sebulan.

Beliau berkata Ishak mempunyai tanggungan dua orang isteri serta tiga orang anak selain ibu bapa yang berusia lebih 70-an manakala Elmirushuhada pula hanya suri rumah dan mempunyai seorang anak berusia setahun tujuh bulan.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Kedua-dua tertuduh juga dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri di Balai Polis Sungai Buloh sebelum 10 haribulan setiap bulan sehingga perbicaraan selesai. – BERNAMA

Kategori