Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MB Kelantan Dijangka Jalani...

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dijangka menjalani pembedahan kecil...

Bawa Pistol Mainan, Larikan...

Kota Bharu : Seorang lelaki yang membawa pistol mainan dan melarikan mesin wang...

LGE Mengaku Tidak Bersalah...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengaku...

Polis Siasat Kes Kematian...

IPOH - Polis awal pagi ini mengumumkan ia mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian...

Suami Cekik Isteri Hingga Mati Akibat Cemburu

BUTTERWORTH – Seorang wanita maut di tangan suaminya sendiri yang cemburu dengan mangsa yang didakwa memiliki hubungan dengan lelaki lain di Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Merbau Indah, Sungai Dua dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi semalam, mangsa dipercayai bergaduh dengan suaminya di rumah mereka sebelum suspek menolak mangsa sehingga jatuh ke lantai sebelum dia keluar dari rumah bersama anak mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek kembali ke rumah itu pukul 10 malam tadi dan mendapati isterinya telah meninggal dunia sebelum dia membuat laporan polis pada pukul 2 pagi ini.

“Polis yang menjalankan siasatan kemudiannya menahan suspek di rumah itu dan pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan luka di beberapa bahagian badan dipercayai ditetak.

“Mangsa dihantar untuk dibedah siasat di Hospital Seberang Jaya dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori