Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mufti Perlis Lancar Kempen...

KANGAR – Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin malam tadi...

Isu “Mata Lebam” Tidak...

PUTRAJAYA - Keterangan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusuff...

PM New Zealand Selamat...

AUCKLAND - Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern selamat melahirkan bayi perempuan di...

Akta Hasutan Perlu Ditambah...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM), hari ini menggesa...

Bukan Dadah, Strok Haba Punca Sebenar 6 Maut Di FMFA 2014

KUALA LUMPUR – Sejak lebih setahun, ramai yang mempercayai kematian enam penonton konsert di Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 pada awal tahun lalu disebabkan oleh pengambilan dadah secara berlebihan.

Bagaimanapun, keputusan bedah siasat yang dikeluarkan dua bulan selepas kematian itu menunjukkan bahawa ia berpunca daripada strok haba, dan bukannya pengambilan dadah sebagai sebab utama.

Dua daripada 16 peserta festival itu dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal tetapi tidak dikesan mempunyai bahan dilarang, menurut seorang pakar patologi yang terlibat dalam kes itu, sekali gus bercanggah dengan kenyataan polis sebelum ini bahawa kematian kesemua mereka dikaitkan dengan dadah.

Namun timbul dakwaan di mana pihak berkuasa tidak membuat keputusan yang diketahui itu dan menjadikan ‘kematian disebabkan pengambilan dadah berlebihan’ sebagai asas untuk membatalkan beberapa konsert baru-baru ini dan satu di Singapura.

Ketua Jabatan Patologi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr K. Nadesan berkata, beliau telah menghantar beberapa laporan terperinci bagi memperbetulkan kenyataan polis.

“Secara umumnya, polis tidak menunjukkan minat mereka terhadap laporan-laporan itu. Malangnya, mereka membuat kenyataan tanpa alasan saintifik yang lengkap, di mana ia bukanlah dilakukan dengan cara yang betul.

“Mereka sepatutnya bercakap kepada kita dan meminta satu inkues terhadap kes ini kerana ia melibatkan kepentingan umum untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya kepada The Star.

Dr Nadesan berkata, pihak hospital mengendalikan bedah siasat terhadap tiga peserta yang maut dan turut merawat sembilan yang lain.

Beliau berkata, mereka yang maut disahkan positif dadah jenis ekstasi atau MDMA, tetapi ia jauh lebih rendah daripada tahap purata rekreasi dadah iaitu 0.1 sehingga 0.25 mikrogram per mililiter.

Dalam insiden pada 15 Mac tahun lalu, enam penonton konsert di Stadium Bukit Jalil maut dan mereka terdiri daripada Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M. Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23; dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Prosedur autopsi dilakukan ke atas mayat, termasuk salah satunya mempunyai suhu 39 darjah selsius yang membawa kepada penemuan Dr Nadesan bahawa kematian berpunca daripada strok haba.


“Saya terkejut kerana apabila saya tampil untuk membuat pemeriksaan, tanggapan daripada pengumuman polis adalah peserta telah mengambil dadah secara berlebihan.

“Malah doktor-doktor di bahagian trauma beranggapan semua peserta ini terlalu khayal kerana dadah dan merawat mereka atas pengambilan bahan itu secara berlebihan dan bukannya strok haba.

“Penemuan autopsi dan perubatan tidak merujuk kepada pengambilan dadah secara berlebihan. Polis tidak mempunyai asas untuk berkata demikian. Ia merupakan satu tanggapan yang salah,” katanya.

Dr Nadesan berkata, dua daripada sembilan mangsa strok haba tidak mempunyai kesan dadah dalam sistem badan mereka manakala yang lain positif dadah jenis MDMA, ketamin dan morfin.

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang mengendalikan autopsi ke atas tiga lagi mangsa enggan mendedahkan keputusan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan laporan kematian mengejut terhadap enam peserta itu berpunca daripada strok haba.

Dr Nadesan berkata, keadaan semasa hari kedua festival itu disebabkan oleh jerebu yang tebal, kelembapan tinggi dan suhu 35 darjah selsius merupakan punca utama tragedi yang mengakibatkan kematian.

mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=P7EyLsw1Kpk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori