Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sabah, Sarawak Dan Labuan...

SANDAKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pengecualian...

Lelaki Paling Banyak Tatu...

LELAKI ini telah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Banyak Tatu di Britain namun kegembiraan...

Bersyukur Pelajari Ilmu Tak...

BANGI – Asmawi Ani atau lebih popular dikenali sebagai Mawi, yang mencipta fenomena...

Rebat Tarif Elektrik Kekal...

KOTA KINABALU - Kerajaan bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ di...

Status Warga Korea Utara Di Malaysia Diketahui Hari Ini

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada menghantar pulang warganegara Korea Utara, yang tamat permit kerja atau melarang mereka daripada meninggalkan Malaysia, akan diumumkan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini, terdapat 315 warganegara Korea Utara di Malaysia dengan ada di antara mereka yang bekerja di negara ini.

“Kami (kerajaan) rasional dalam melakukan sebarang tindakan dan keputusan. Insya-Allah, ia akan memberikan hasil yang terbaik bukan sahaja dari segi hubungan diplomatik malah kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan!!! di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. Seminar dua hari itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung Permata serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas perkembangan terkini hubungan dua hala Malaysia dan Korea Utara berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Jong-nam didakwa dibunuh oleh dua wanita warganegara asing yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX sebelum sempat menaiki pesawat ke Macau.

Beliau yang memasuki Malaysia menggunakan pasport tertera nama ‘Kim Chol’, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.


Ketegangan Kuala Lumpur-Pyongyang timbul setelah duta Korea Utara Kang Chol membuat tuduhan tidak berasas serta menghina Malaysian berhubung pengendalian kes pembunuhan itu.

Susulan itu, Kuala Lumpur mengusir keluar duta tersebut dan beliau meninggalkan negara ini pada 6 Mac manakala Pyongyang turut mengambil tindakan sama terhadap duta Malaysia di sana.

Pada 7 Mac lepas, Pyongyang melarang rakyat Malaysia meninggalkan Korea Utara dan Malaysia mengambil tindakan yang sama ke atas rakyat Korea Utara di negara ini.

Ahmad Zahid menjelaskan proses rundingan antara Malaysia dan Korea Utara sedang dijalankan bagi menyelesaikan kemelut itu.

Beliau berkata sehingga kini, kerajaan juga belum menerima sebarang tuntutan rasmi terhadap mayat Jong-nam daripada anggota keluarga terdekat.

“Jika ada tuntutan kelak, beberapa pendekatan akan dilakukan di mana kita akan terus mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Peguam Negara bagi pengurusan mayat,” katanya. – BERNAMA

Kategori