Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kes Bunuh Penghuni Tahfiz:...

Mahkamah Rayuan menetapkan 9 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan seorang remaja lelaki...

Tenis: Andy Murray Mara...

CINCINNATI - Pemain Britain, Andy Murray layak ke peringkat 16 terakhir kejohanan tenis...

Pegawai Kanan TLDM Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dihadapkan ke...

Penguat Kuasa KPDNKK Di...

PUTRAJAYA – Pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan...

Status Keselamatan Gunung Agung Di Bali Diturunkan

KUALA LUMPUR – Status keselamatan Gunung Agung di Bali, Indonesia telah diturunkan daripada Tahap IV (Awas) kepada Tahap III (Siaga) pada Sabtu dan radius kawasan berbahaya juga dikurangkan daripada 6km kepada 4km, demikian menurut Kementerian Luar hari ini.

Bagaimanapun, memandangkan status tersebut boleh berubah dalam masa yang singkat, pihak berkuasa Indonesia telah memberi peringatan terhadap kemungkinan pemindahan penduduk sekiranya status keselamatan itu meningkat.

“Rakyat Malaysia adalah dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri, mengikuti perkembangan berita tempatan dan mematuhi arahan daripada pihak-pihak berkuasa tempatan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pejabat Konsul Kehormat Malaysia di Bali menerusi e-mel [email protected] atau Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi e-mel [email protected] atau panggilan telefon +62215224947 atau +6281380813036. – BERNAMA

Kategori