Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isteri Guan Eng Hadir...

GEORGETOWN - Isteri bekas Menteri Kewangan, Betty Chew Gej Cheng tiba di Ibu...

Pergaduhan Sudah Dijangka –...

SHAH ALAM - Perlawanan persahabatan antara pasukan Bawah 23 (B-23) tahun negara dan...

6 Termasuk Seorang Wanita...

TAMPIN - Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam...

Klinik Kesihatan KL Jalan...

KUALA LUMPUR - Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL) yang merupakan klinik pertama kerajaan...

Spurs Sedang Meniti Landasan Tepat – Pochettino

LONDON – Mauricio Pochettino percaya Tottenham Hotspur secara perlahan sedang membuat kemajuan ketika dia dan kakitangannya mengubah corak permainan dipersembahkan kelab itu sejak beberapa musim lalu.

“Kami sedang melihat kemajuan. Kami menunjukkan ada sesuatu istimewa sudah bermula,” katanya selepas Spurs menewaskan bekas pasukannya, Southampton 1-0 di White Hart Lane.

Dia menambah: “Kami mula hidup seperti satu pasukan, Kami sedang meningkat dari segi persembahan kebelakangan ini.”

Spurs menunjukkan kualiti pertahanan yang baik ketika seri 1-1 menentang Arsenal, minggu lalu tetapi nampak lebih kuat, semalam dengan mengekalkan rekod bersih tanpa dibolosi menentang Southampton.

Pelawat melepaskan peluang terbaik untuk pulang berbekal keputusan seri apabila Sadio Mane gagal menolak masuk ketika hanya penjaga gol, Hugo Lloris perlu ditewaskan, enam minit sebelum tamat permainan.


“Ia satu perlawanan beremosi untuk saya,” kata Pochettino.

“Saya cintakan Southampton dan orang di Southampton. Ia satu tempoh hebat dalam 18 bulan untuk saya dan keluarga saya. Ia suatu keputusan amat sukar dibuat untuk meninggalkan mereka.”

Spurs mengesahkan kemenangan menerusi jaringan Christian Eriksen pada minit ke-60 yang melonjakkan kelab berkenaan ke tangga keenam liga.- Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori