Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia, China Perluas Kerjasama...

PUTRAJAYA - Malaysia dan China mahu memperluaskan kerjasama dalam sektor pendidikan khususnya bidang...

GRO Siam Dakwa Lelaki...

Sungai Petani : Walaupun sudah disenarai hitam selama lima tahun, namun seorang wanita...

Malaysia Dilengkapi Teknologi Perangi...

KUALA LUMPUR - Malaysia dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan bagi memerangi sebarang ancaman...

Dua ADUN DAP, Bekas...

KOTA KINABALU : Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang bekas senator...

SPRM Terima 286 Aduan Penyelewengan Bantuan Banjir

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima sebanyak 286 panggilan berhubung salah laku dan penyelewengan bantuan banjir yang melanda negara akhir tahun lalu.

Penyelarasnya yang juga Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, sebanyak 39 daripada panggilan tersebut adalah aduan berkaitan rasuah dan penyelewengan dana bantuan banjir kepada para mangsa.

“Tindakan-tindakan telah diambil mengikut Akta SPRM 2009. Peranan jawatankuasa ini telah membantu menyelamatkan dana banjir daripada dituntut atauditerima oleh mangsa-mangsa yang tidak layak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustafar berkata, Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir mengenal pasti tiga isu dan masalah utama termasuk pendaftaran nama mangsa banjir tidak lengkap dan syarat permohonan yang tidak jelas mengelirukan pemohon.

Katanya, sebagai contoh permohonan penduduk tetap, had umur permohonan, status pemohon yang tinggal sebumbung dengan ahli keluarga yang lain, takrifan ketua keluarga.

Menurutnya, antara masalah lain adalah kekeliruan mengenai penyelarasan dan pengagihan sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) dan peruntukan
kerajaan.

Kata beliau, jumlah keseluruhan sebenar dana yang berjaya dapat diselamatkan masih belum dapat dimuktamadkan memandangkan pengagihan bantuan masih lagi berjalan.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini, seramai 100 mangsa banjir di Kelantan tidak mengambil wang ihsan RM500 apabila mangsa diminta mengisi borang ikrar yang disediakan oleh SPRM mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


“Masih terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti dalam urusan sistem dan prosedur berhubung dengan pengagihan bantuan wang ihsan banjir.

“Sehubungan itu, SPRM bersama-sama dengan jabatan dan agensi berkaitan akan mewujudkan dan menambah baik garis panduan berkaitan pengurusan dana terbabit selain mengadakan pangkalan data mengenai butiran penduduk setempat,” katanya.

Jelasnya, penambahbaikan sistem berkenaan boleh digunakan kerajaan bagi tujuan pengagihan dana dan tabung lain pada masa akan datang termasuk sekiranya berlaku bencana serta tujuan-tujuan lain.

Selain itu, katanya. operasi Bilik Gerakan Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir akan dihentikan bermula hari ini namun semua aduan atau maklumat daripada orang ramai akan diterima terus oleh SPRM.

“Orang ramai boleh menghubungi mana-mana pejabat SPRM terdekat jika membabitkan elemen rasuah atau penyelewengan, dan juga mana-mana Pejabat Majlis Keselamatan Negara terdekat berhubung soal dan urusan pengagihan dana banjir,” jelasnya. – MYNEWSHUB.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori