Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PPM Sandakan Tahan Juragan...

SANDAKAN - Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan seorang juragan bot dan...

Lelaki Maut Kereta Dipandu...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung...

Tun M: Peluang BN...

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang...

Wujud Konspirasi Ubah Naratif...

KUALA LUMPUR – Tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang menerusi afidavit mengatakan kematian...

SPRM: Tahan Penguatkuasa Bukan Penganiayaan

KUALA LUMPUR – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pegawai penguatkuasa tidak harus dilihat sebagai penganiayaan sebaliknya, ia satu usaha meningkatkan imej dan integriti agensi berkenaan.

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mencegah Rasuah, Datuk Hisham Nordin berkata, menerusi tindakan itu, ia diharap dapat meningkatkan kembali keyakinan orang ramai terhadap agensi berkenaan.

“Kita tentunya mahu sesebuah agensi penguatkuasa itu dihormati, tidak dipandang serong oleh mana-mana pihak yang menganggap ia (agensi penguatkuasa) boleh dijual beli.

“Jadi, kita harap dengan mengambil tindakan ini (menahan), mereka (penguatkuasa) dapat menghindarkan diri daripada rasuah dan mengelak ia menjadikan budaya hidup,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Program ‘Radar’ di Bernama Radio 24 di sini, semalam dengan tajuk “Pencegahan Rasuah: NKRA Membanteras Rasuah”.

Hisham berkata tindakan SPRM terhadap agensi penguatkuasa mencegah rasuah, juga harus dilihat sebagai suatu kewajipan kepada negara kerana ia mengakibatkan kerugian besar serta membabitkan wang rakyat.


Beliau berkata tindakan itu juga membuktikan bahawa kerajaan sentiasa telus, dan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang melakukan perbuatan menyalahi undang-undang negara.

“Tindakan SPRM tidak popular, bukan SPRM tu suka nak popularkan diri, kita hanya jalankan tugas yang mungkin semua orang pun tak nak buat, tapi kita terpaksa buat,” katanya.

Hisham dalam pada itu turut berharap masyarakat menyokong penuh usaha SPRM dalam menutup ruang-ruang ketirisan dalam agensi penguatkuasaan.

Beliau mengulas penahanan pegawai penguatkuasa termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) baru-baru ini yang didakwa terlibat dalam aktiviti rasuah bagi penyeludupan arak dan rokok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori