Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suami Kongsi Foto Isteri,...

TINDAKAN seorang lelaki yang berkongsi gambar isterinya sambil memegang bayi perempuan yang sudah...

Luahan Rasa Isteri Ini...

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bait lirik lagu nyanyian P.Ramlee yang...

Video: Aksi Seks Dalam...

VIDEO aksi ghairah pemandu bas yang sedang asyik melayan seorang pelacur dalam sebuah...

Kek Berbentuk Vagina: Doktor...

GARA-GARA meraikan Tahun Baharu Orthodox dengan kek yang direka berbentuk vagina, sekumpulan doktor...

SPRM Tahan 2 Pegawai Di RAPID Pengerang

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pemilik restoran.

Penahanan itu dibuat kira-kira 3 petang tadi di RAPID Pengerang, menurut sumber.

Sumber itu berkata kedua-dua lelaki yang berusia 44 dan 49 tahun tersebut merupakan pegawai keselamatan dan pengurus Bahagian Kesihatan,Keselamatan dan Persekitaran di RAPID Pengerang

Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah berjumlah RM25,000 daripada individu berkenaan sebagai dorongan untuk mendapatkan peluang perniagaan iaitu membuka kantin dan meluluskan kerja paip gas di salah sebuah kafe di dalam kawasan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi dan penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.


Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan pihaknya akan memohon perintah reman ke atas kedua-dua suspek esok. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori