Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Pengarah Syarikat Rugi...

SHAH ALAM: Seorang wanita merupakan pengarah sebuah syarikat kerugian hampir RM2.4 juta akibat...

Netizen ‘Sekolahkan’ Hannah Yeoh...

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP Selangor, Hannah Yeoh dibidas penyokong sendiri kerana mendakwa...

Nik Abduh Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR - Tahniah kepada seluruh jentera PAS, UMNO, MIC dan MCA serta...

Sedia Bincang Tambah CCTV...

PUTRAJAYA - Kementerian Kerja Raya sedia untuk berbincang dengan konsesi lebuh raya untuk...

SPRM Siasat Transaksi Bank Kes 64 Lot Tanah

KEMENTERIAN Wilayah mendapatkan maklumat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu hadapan berkaitan berhubung siasatan kes penjualan 64 lot tanah kerajaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri Wilayah Khalid Samad berkata, semua fail berkaitan siasatan yang diperlukan SPRM telah diserahkan sejak tiga minggu lalu dan kementerian akan terus memberikan kerjasama yang diperlukan.

“Mungkin minggu depan selepas selesai proses Parlimen saya akan hubungi mereka untuk mendapatkan perkembangan siasatan.

“Maklumat bank pun diserah kepada SPRM untuk lihat ada tak terima jumlah wang luar biasa dan sebagainya. Mereka akan lihat transaksi individu akaun bank pegawai-pegawai DBKL tertentu yang disyaki terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Bunker Hotel dan Restoran, Jalan Pahang, di sini malam tadi.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dan juga pemilik Hotel Bunker, pelakon Fauzi Nawawi.


Sebelum ini, Ahli Parlimen Kepong (DAP) Lim Lip Eng membuat laporan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera kes penjualan 64 bidang tanah berkeluasan 171 hektar pada harga RM4.28 bilion kepada Yayasan Wilayah Persekutuan pada 2013 membabitkan bekas menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dakwanya, tanah-tanah itu dijual bagi tujuan penyediaan Pemilik Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) di samping menyeimbangkan keperluan persekitaran dengan pembangunan bercampur seperti kedai pejabat, pangsapuri harga bebas dan sebagainya.

Beliau turut mempertikaikan daripada 64 buah lot, hanya 30 lot tanah sahaja yang digunakan untuk RUMAWIP. – MyMetro

Kategori