Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPWKM Hadkan Lawatan Terhadap...

KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengehadkan lawatan...

3 Air Pasang Besar...

Kuala Lumpur : Tiga fenomena air pasang besar diramal berlaku di negara ini...

Nurul Izzah Pandai Berbahasa...

HEBAT... Siapa sangka, pemimpin wanita kesayangan ramai penyokong PH, iaitu Naib Presiden PKR,...

Kes Cabul: Bekas Guru...

KUALA LUMPUR - Bekas guru penolong kanan sebuah sekolah rendah yang didakwa atas...

SPRM Sasar Keyakinan Masyarakat Meningkat 70%

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyasarkan tahap keyakinan masyarakat ke atas agensi penguatkuasaan itu meningkat kepada 70 peratus pada tahun ini.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, sasaran itu berdasarkan statistik tahap keyakinan masyarakat terhadap SPRM pada tahun lalu yang meningkat ke paras 67.8 peratus berbanding 65.8 peratus peratus pada tahun 2013.

“Dengan usaha penambahbaikan berterusan, SPRM menyasarkan tahap keyakinan masyarakat akan meningkat kepada 70 peratus pada tahun 2015.

“Gabungan antara komponen transformasi dan dasar Merakyatkan SPRM telah memberi nafas baharu kepada SPRM untuk merealisasikan visi dan misi yang direncanakan,” kata kenyataan itu hari ini.

SPRM turut menegaskan, peningkatan skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2014 kepada 52 berbanding 50 pada tahun 2013 bukti kejayaan negara hasil inisiatif yang dilaksanakan.

Menurut SPRM, pencapaian itu merupakan hasil kerjasama semua pihak dan merupakan yang terbaik sejak 2014 dan SPRM berharap mampu melonjak ke paras yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang.


SPRM dalam pada itu memaklumkan akan terus memberi tumpuan terhadap isu-isu nasional dan mempunyai kepentingan awam selaras dengan dasar Merakyatkan SPRM.

SPRM memberi contoh berjaya membongkar penyelewengan kes-kes bersindiket yang melibatkan isu nasional seperti kes
penyelewengan bantuan khas kepada nelayan di Terengganu dan pembalakan haram di Sarawak sebelum ini.

“Masyarakat meletakkan harapan yang sangat tinggi ke atas SPRM. Bagi Pengurusan Tertinggi SPRM, harapan masyarakat ini adalah amanah yang wajib dilaksanakan sedaya upaya demi negara tercinta,” kata SPRM. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori