SPRM Pahang Buat 18 Tangkapan Setakat 31 Mei

TEMERLOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang membuat 18 tangkapan membabitkan pelbagai kesalahan rasuah di negeri itu bagi tempoh Januari hingga semalam.

Pengarah SPRM Pahang Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya 17 tangkapan yang direkodkan sepanjang 2015.

Menurutnya peningkatan itu berkemungkinan disebabkan tangkapan berkaitan aktiviti perlombongan bauksit pada awal tahun ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.