Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Defend Tag Bukan Untuk...

KUALA LUMPUR - Antah Pharma Sdn Bhd, hari ini menjelaskan produk keluarannya ‘Defend...

Keputusan Tak Main Di...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melarang skuad bola sepak kebangsaan ke Pyongyang, Korea...

226 Mangsa Banjir Dipindahkan...

IPOH : Seramai 226 penduduk dari tujuh kawasan di daerah Batang Padang dan...

Miss Amazing Malaysia: Pertandingan...

KUALA LUMPUR - Ketidaksempurnaan yang ada pada diri seseorang wanita kerana dilahirkan sebagai...

SPRM Nafi Dakwaan Kes JANS Tiada Unsur Rasuah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan kononnya telah mengesahkan tiada unsur rasuah dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Menurut SPRM dakwaan yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab itu adalah tidak benar sama sekali dan mengelirukan masyarakat.

Sehubungan itu, SPRM akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tiada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi SPRM.

“Pengurusan Tertinggi SPRM sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka,” kata SPRM dalam kenyataan, di sini hari ini.

Berhubung kes itu, katanya, pada 29 Dis 2016, tiga individu telah pun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM61.48 juta, selain memiliki secara salah barangan mewah dan sebutan kes tersebut telah ditetapkan pada 8 Ogos ini.

SPRM berkata ketiga-tiga tertuduh ialah bekas Pengarah JANS Ag Mohd Tahir Mohd Talib dan isterinya Fauziah Ag Piut serta penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah, Lim Lam Beng.


Ag Mohd Tahir didakwa dengan 12 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Fauziah dan Lim pula masing-masing didakwa dengan 19 pertuduhan bernilai RM2.2 juta dan empat pertuduhan bernilai RM2.38 juta di bawah Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001.

“SPRM ingin menegaskan kesalahan di bawah AMLATFPUAA 2001 melibatkan hasil wang haram yang diperoleh daripada kesalahan mengikut Akta SPRM 2009 oleh perasuah,” katanya.

Mengikut seksyen tersebut, SPRM berkata seseorang boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori