Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ustaz Azhar Idrus Dimasukkan...

PETALING JAYA: Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai Ustaz UAI...

Isa Samad Dibebaskan Selepas...

PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, yang direman lima hari...

Majikan Sabah Digalak Guna...

TAWAU - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggalakkan majikan di Sabah menggunakan sistem...

Bieber Tolak Undangan Persembahan...

PENYANYI Justin Bieber menolak tawaran lumayan berjumlah US$5 juta (RM20 juta) bagi membuat...

SPR Tak Pernah Tolak Simbol Parti Politik Berdaftar

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah menolak permohonan daripada mana-mana parti politik untuk mendaftarkan logo atau simbol bagi digunakan dalam pilihan raya sekiranya logo tersebut telah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Mengulas laporan sebuah akhbar semalam bertajuk “Mustahil SPR Lulus Logo”, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan berniat serong untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap SPR serta mengelirukan rakyat.

“Dakwaan bahawa pendaftaran logo tidak mungkin diluluskan oleh SPR adalah kenyataan yang bersifat pramatang dan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata buat masa ini tiada sebarang permohonan berkaitan perkara itu dibuat kepada SPR.

“Dalam perkara ini, SPR difahamkan bahawa status pendaftaran gabungan parti-parti serta simbol parti berkenaan masih belum diluluskan oleh RoS,” katanya.


Berikutan itu, Mohd Hashim berkata setelah simbol parti berkenaan diluluskan oleh ROS, dan sekiranya dirujuk kepada SPR, tindakan selanjutnya mengikut undang-undang akan dibuat oleh SPR.

Semalam, Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail dipetik sebagai berkata adalah mustahil SPR akan meluluskan penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan dalam pilihan raya walaupun logo tersebut diluluskan RoS.

Menurutnya penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan yang mewakili PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sudah tentu memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional. – BERNAMA




Kategori