Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PDRM Tahan Anggota Daesh...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga lelaki warga tempatan masing-masing...

‘Geng Abon’ Aktif Pecah...

KOTA KINABALU - 'Geng Abon' yang aktif dalam kegiatan pecah kereta di sekitar...

Kelindan Lori, Penganggur Didenda...

KUALA LUMPUR – Seorang kelindan lori didenda RM5,300 atau lima bulan penjara oleh...

Ronaldo Nafi Palsu Dokumen...

PENDAKWA raya Sepanyol baru-baru ini membuat dakwaan bahawa bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo...

SPR Siap Sedia Hadapi Penamaan Calon Esok

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah siap sedia untuk mengendalikan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) esok.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata segala persiapan di 82 pusat penamaan calon berjalan lancar.

“Bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon esok, kita (SPR) akan menempatkan petugas yang secukupnya bergantung kepada keluasan Dewan Undangan Negeri (DUN), selalunya dalam lingkungan 20 petugas di setiap pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau bilik operasi SPR, di Pejabat SPR Sarawak, di sini hari ini.


Mohd Hashim berkata beliau berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh SPR Sarawak termasuk pengoperasian bilik gerakannya yang akan dibuka sepanjang tempoh pilihan raya itu.

Katanya, bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam sehingga ke hari pengundian 7 Mei ini bagi memastikan segala pengurusan dan penyampaian maklumat berkaitan pilihan raya itu dapat berjalan lancar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori