Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jenazah ADUN Slim Selamat...

TANJUNG MALIM - Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Allahyarham Datuk Mohd...

MOF Nafi Dakwaan MySalam...

PUTRAJAYA - Dakwaan yang mengatakan inisiatif perlindungan insurans MySalam sebagai skim cepat kaya...

Budak 5 Tahun Maut...

SEORANG kanak-kanak lima tahun maut pada tengah hari Jumaat lalu selepas kepalanya tersepit...

Alif Satar Minta Isteri...

PETALING JAYA - Penyanyi dan pelakon Alif Satar memberitahu dia telah meminta isterinya...

Splash: Rundingan Masih Berlangsung – Mohamed Azmin

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung harga RM2.7 bilion yang perlu dibayar untuk mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (Splash).

Bekas menteri besar Selangor itu menarik perhatian bahawa rundingan masih dilakukan berhubung pengambilalihan dan penstrukturan semula industri air di Selangor melibatkan kerajaan negeri dan syarikat berkenaan.

“Apabila saya meninggalkan negeri itu selepas pilihan raya, proses rundingan telah dilanjutkan sehingga 4 Julai dengan persetujuan bersama kerajaan persekutuan dan negeri.

“Saya dimaklumkan bahawa ia dilanjutkan untuk sebulan lagi dengan kelulusan Kabinet,” katanya di lobi Parlimen hari ini ketika mengulas dakwaan Najib bahawa kerajaan Selangor akan membeli Splash pada harga RM2.7 bilion.

Menurutnya, proses rundingan antara pihak berkaitan diteruskan di bawah Menteri Besar baharu, Amirudin Shari.

Menurut Mohamed Azmin, kerajaan pusat terdahulu telah mendapatkan khidmat seorang penilai bebas tetapi “kita tidak tahu nilai yang disebut oleh penilai bebas itu”.

“Tetapi sekarang saya yakin kerajaan negeri ini mempunyai akses kepada semua maklumat ini dan mereka perlu duduk, berbincang dan memutuskan nilai sebenar yang perlu dibayar kepada Splash. Tetapi saya bukan sebahagian daripada pasukan yang sertai dalam proses rundingan ini,” katanya.


Beliau pada masa sama menegaskan kepentingan rakyat Selangor perlu dijaga supaya tidak dibebankan dengan kadar tarif yang tinggi susulan pengambilalihan Splash.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A. Xavier Jayakumar ketika diminta mengulas perkara itu, berkata pengumuman mengenai perkembangan terkini isu penstrukturan air itu hanya akan dibuat setelah rundingan antara pihak berkaitan selesai.

“Saya masih mahu pihak terlibat mematuhi tarikh akhir iaitu 10 Ogos ini….saya berpendapat pengumuman akan dibuat dalam masa beberapa hari lagi,” katanya. – BERNAMA

Kategori