Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sharifah Shahirah Sah Hamil...

PELAKON dan pengacara popular, Sharifah Shahirah mengesahkan dirinya sedang hamil anak keenam dan...

Tren Hujung Minggu ETS...

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan yang beroperasi pada setiap hujung...

Sudah Terlambat Untuk MCA...

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Ahmad Zahid Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Spesifikasi Peralatan Program 1AZAM Tidak Penuhi Keperluan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati spesifikasi peralatan yang dibekalkan kepada peserta program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) tidak memenuhi keperluan dan terdapat kelewatan dalam menyalurkan bantuan peralatan kepada peserta.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Hasan Arifin berkata pihaknya juga mendapati kajian terperinci tidak dilakukan sebelum bantuan diluluskan terutama bagi projek yang dijalankan secara berkelompok.

“Pelaksanaan projek berkelompok juga tidak mematuhi garis panduan dan peraturan kewangan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program 1AZAM merupakan inisiatif khusus Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bertujuan membebaskan isi rumah berpendapatan rendah daripada belenggu kemiskinan dan mampu memperolehi pendapatan dengan usaha sendiri melalui pekerjaan, aktiviti pertanian, keusahawanan ataupun perkhidmatan.

Hasan berkata PAC juga mendapati secara keseluruhannya, KPWKM telah mengambil tindakan terhadap semua isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan telah mengemas kini status dalam Jabatan Audit Negara.

Beliau berkata PAC memandang serius terhadap kelemahan dalam pelaksanaan program ini sehingga berlakunya ketirisan dan mencadangkan agar perkara itu disiasat semula oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.


Selain itu, katanya, PAC juga menggesa kerajaan supaya meneruskan program seumpama 1AZAM yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah mendapat manfaat secara terus dan kajian terperinci hendaklah dilakukan sebelum bantuan diluluskan.

“Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti memastikan setiap peserta berdaya maju dan mempunyai pengalaman serta lokasi kegiatan yang bakal mereka jalankan.

“Bagi program yang berkonsepkan kelompok, pematuhan ke atas garis panduan yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hendaklah dipatuhi,” katanya.

Menurut Hasan, PAC turut mengesyorkan setiap peralatan yang dibekalkan kepada peserta hendaklah sesuai dengan keperluan peserta dan proses bekalan bantuan kepada peserta perlu dipercepatkan supaya mereka dapat manfaatkan bantuan tersebut dengan segera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori