Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Van Terbabas, 2 Pelancong...

LAHAD DATU - Dua pelancong warga emas yang juga sepasang suami isteri cedera...

FIFA Pilih Pengadil Wanita...

NEW DELHI - Rupa Devi dari Tamil Nadu di selatan India, membuktikan kemiskinan...

Mario Gomez Kembali Bimbing...

BEKAS jurulatih JDT, Mario Gomez berkemungkinan akan kembali mewarnai pentas Liga Malaysia musim...

Persatuan Bugis Indonesia Tuntut...

JAKARTA- Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia (PPBMI) mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meminta...

SPAN Kesan Kes Curi Air Libat Kerugian RM221,482

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini mengesan satu kes kecurian air di sebuah tapak pembinaan bangunan pangsapuri di Jalan Rasa Sayang, Cheras, di sini, melibatkan kerugian kira-kira RM221,482 sejak Januari tahun lepas.

Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN Hisyam Samad berkata berikutan itu satu operasi penguatkuasaan secara mengejut ke tapak pembinaan itu dilakukan pada 10 pagi tadi.

Operasi bersama melibatkan 10 pegawai penguatkuasa itu, selepas SPAN menerima aduan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

“Dalam operasi berkenaan, SPAN mendapati terdapat satu sambungan paip poli berukuran 32 mm daripada paip utama Syabas berukuran 100 mm dilakukan untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan kediaman sementara pekerja-pekerja untuk kegunaan harian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Susulan itu, SPAN telah mengeluarkan notis sita dan merampas barangan hasil sambungan bekalan air haram di kawasan berkenaan manakala pihak Syabas mengeluarkan notis ganti rugi bagi kehilangan air sepanjang tempoh berkenaan sebelum siasatan dilakukan.

Terdahulu, SPAN dalam kenyataannya hari ini berkata hasil semakan mendapati, premis berkenaan mempunyai dua akaun bekalan air yang didaftar di bawah nama berlainan.


Akaun pertama masih berstatus aktif manakala akaun kedua telah ditamatkan perkhidmatan pada 18 Januari tahun lepas. Ujian klorin di tapak juga mengesahkan bekalan air yang diterima merupakan air terawat,” katanya.

Kesalahan penyambungan secara haram itu disiasat mengikut Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, SPAN meminta kerjasama orang ramai melaporkan kes-kes disyaki melakukan kecurian air kepada Bahagian Penguatkuasaan SPAN di talian 03-83179333 atau emel ke [email protected]. – BERNAMA

Kategori