Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Koperasi Perlu Bersatu, Gerak...

LUMUT - Pertubuhan koperasi di Perak perlu bekerjasama dan bersatu hati bagi memastikan...

Amalkan PKP Kendiri Elak...

KUALA LUMPUR - Kemunculan varian-varian baharu yang membimbangkan (VOC) amat merisaukan kerana kebanyakan...

Bekalan Makanan Penduduk Simpang...

MENTERI Besar, Datuk Hasni Muhammad memberi jaminan bekalan makanan penduduk terjejas di Simpang...

Najib Terima Kunjungan Imam...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Khamis menerima kunjungan hormat Imam...

‘Space Pod’ Antara Tarikan Terbaharu Planetarium Negara

KUALA LUMPUR – Planetarium Negara kini menawarkan tarikan terbaharu ‘Space Pod’, iaitu kapal angkasa simulasi yang memberi situasi seumpama berada di angkasa lepas.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau berkata elemen baharu itu menawarkan peluang kepada pengunjung terutama pelajar sekolah mengalami dan memahami secara lebih mendalam mengenai angkasa menerusi penerangan audio visual.

“Space Pod merupakan antara pembaharuan dan pengubahsuaian yang dilakukan di Planetarium Negara bertujuan menarik lebih ramai pengunjung dan pelajar sekolah.

“Kementerian menyasarkan kedatangan 180,000 pengunjung setahun berbanding 150,000 setahun sekarang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan pameran baharu ‘Frontier of Space Exploration’ di planetarium itu, di sini hari ini.

Madius berkata kos pembaharuan dan pengubahsuaian galeri pameran itu menelan belanja kira-kira RM5 juta.


Selain Space Pod, ia turut menonjolkan tarikan seperti batu meteor, planet terapung serta fenomena langit bercahaya dikenali sebagai aurora yang lazim dilihat di Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Setakat ini, tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung yang menaiki Space Pod sehingga Oktober ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori