Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

India Tak Pernah Keluar...

PUTRAJAYA - Menteri Industri Utama, Teresa Kok memberi jaminan tidak perlu risau tentang...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Changkat Jong dekat Teluk Intan di sini,...

139 Saman Dalam Op...

KOTA KINABALU - Polis mengeluarkan sebanyak 139 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam...

Lelaki Melayu Ni Pakwe...

SIAPA lelaki Melayu yang berpeluang naik satu kereta dengan penyanyi antarabangsa Selena Gomez...

Sorok Mayat kekasih Dalam Almari Di Mexico

Mexico City – Seorang remaja belasan tahun menghadapi tuduhan membunuh teman wanitanya yang berusia 17 tahun selepas mangsa berang setelah mengetahui dia bercinta dengan wanita lain.

Yael Eduardo Espinosa Guerrero, 19, merayu polis mencari teman wanitanya, Silvia Paredes Moedano (gambar) yang dilapor hilang minggu lalu. Dia juga cuba membantu mententeramkan keluarga mangsa.

Tetapi realitinya, Guerrero menyembunyikan mayat Silvia dalam almari di kamar tidurnya selepas dia mencekik mangsa hingga mati.

Guererro bertindak demikian selepas Silvia mengetahui dia juga bercinta dengan wanita lain, Elia Carbajal Becerril, 22.

Lelaki itu yang masih belajar melakukan pembunuhan itu di rumahnya di Tultitlan, utara Mexico City dan kemudian menyembunyikan mayat mangsa di dalam almarinya.

Dia juga dilapor meminta bantuan Elia untuk mencari mayat berkenaan yang disembunyikannya selama tiga hari sebelum ia ditemui polis.


Selepas Silvia ‘hilang’ minggu lalu, Guerrero mengiklankan dalam akhbar tempatan: ‘Di mana juga anda berada, ada orang yang merindui kamu. Kami berharap anda sihat.”

Kelmarin, ketika menyoal siasat ibu bapa Guerrero di kediamannya, polis menemui beg tangan mangsa di dalam bilik pelajar itu.

“Beg tangan itu mempunyai kesan darah. Apabila dia pulang, anggota kami bertanya mengenai beg itu, tetapi dia melarikan diri.

“Dia akhirnya ditangkap dan cuba merasuah angggota kami untuk membebaskannya,” kata jurucakap polis tempatan Macabeo Garcia.

https://www.youtube.com/watch?v=BQ9veUlN50M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori