Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dodge Rombak Pasukan Penyiasatan...

BRASILIA - Ketua Pendakwa Brazil yang baharu dilantik Raquel Dodge, merombak semula pasukan...

Azizulhasni Terus Kempunan Di...

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang terus dirundung malang...

Jangan Pandang Remeh, Emas...

SEPANG - Mereka yang mengkritik dan meremehkan kejayaan skuad sepak takraw negara meraih...

Bekas Pemain EPL Maut...

BEKAS pemain pertahanan Aston Villa dan Bolton, Jlloyd Samuel maut dalam kemalangan kereta. Persatuan...

Sony SmartWatch 3 : Hadir Dengan Android Wear Yang Tahan Lasak

Di persidangan IFA, Sony memperkenalkan beberapa peranti boleh pakai menerusi keluarga SmartWear dan salah-satunya adalah SmartWatch 3, yang mana bersandarkan kepada platform Android Wear secara sepenuhnya.

Sony SmartWatch 3 menampilkan rekaan gaya hidup aktif dengan membawakan rekaan silikon sebagai binaan utama.

sony4

sony3

Peranti yang tahan lasak ini tampil dengan strap yang boleh ditukar selain hadir dengan ujian ketahanan IP68 serta kalis air.

Melalui pilihan warna, ia dilihat hadir dengan pilihan warna hitam dan lime disamping menawarkan aksesori strap berwarna merah jambu serta putih yang dijual secara berasingan.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 1.6-inci beresolusi 320×320, pemprosesan empat teras 1.2GHz, 512MB RAM, storan dalaman 4GB, dan menjalankan sistem operasi Android Wear padanya.

Dari segi penggunaan bateri, ia didatangkan dengan bateri 420mAh yang mana pihak Sony mengatakan ia mampu bertahan sehingga 2 hari dengan penggunaan yang kerap.


sony

sony2

Disamping perkenalan SmartWatch 3, pihak Sony turut memperkenalkan SmartBand Talk iaitu sebuah alat kecergasan yang hadir dengan skrin e-ink 1.4-inci.

Melaluinya, pengguna boleh melihat beberapa info seperti bilangan langkah dan maklumat tidur pengguna selain kebolehan menjawab panggilan padanya.

Sony SmartWatch 3 dijangka mula dijual bermula suku ke-empat tahun ini dengan membawa harga USD229.99 (RM729) manakala Sony SmartBand Talk pula bakal dijual pada harga USD159.99 (RM509).

Sumber: engadjet

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori