Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

David Orok Mengaku Tak...

Seorang ahli Parti Reformasi Negeri Sabah David Orok didakwa di Mahkamah Sesyen Kota...

Pari Gergasi 305 Kilogram...

TUAH... Seorang nelayan di Kampung Kuala Nyalau, Bintulu, Sarawak berjaya 'menawan' dua ekor...

Selaras Dan Gerak Sumber...

KUALA LUMPUR - Malaysia menyaran agar masyarakat antarabangsa bekerjasama untuk menyelaras dan menggerakkan...

48 Wanita Warga Asing...

BUTTERWORTH - Sejumlah 48 wanita warga asing yang dipercayai dipaksa bekerja sebagai pelayan...

Solar Impulse 2 Mendarat Di China

SHANGHAI – Pesawat Solar Impulse 2 mendarat di China awal pagi ini untuk melengkapkan pusingan kelima misi mengelilingi dunia dengan menggunakan tenaga suria.

Pesawat yang dipandu Bertrand Piccard itu mendarat di Lapangan Terbang Chongqing pada jam 1.35 pagi selepas penerbangan selama 20 jam dari Myanmar.

Pesawat berkenaan dijadualkan untuk berhenti seketika di bandaraya di barat daya China itu sebelum meneruskan penerbangan ke Nanjing, kira-kira 270 kilometer dari Shanghai, tetapi terpaksa menangguhkannya berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Pasukan misi itu kini menjangkakan pesawat berkenaan terpaksa menunggu untuk beberapa hari lagi sebelum menyambung penerbangan ke timur.


“Kami letih tetapi masih amat gembira untuk berada di Chongqing,” kata jurutera misi, Michael Anger di laman web projek berkenaan. “Di China, penerbangan ini amat mencabar, terutama untuk Bertrand .”

Piccard, seorang daripada dua juruterbang Switzerland yang mengendalikan pesawat tenaga suria itu, mengharungi sejuk melampau sehingga -20 darjah Celsius dalam kokpit dan keadaan penerbangan yang tidak menentu ketika merentasi Yunnan dan Sichuan. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori