Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Langkah Punitif Yang Tegas...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mahu usaha memerangi rasuah...

Sabah Acuan Terbaik Konsep...

KENINGAU - Sabah merupakan contoh terbaik acuan konsep 1Malaysia di negara ini, kata...

Lelaki Terselamat, Dada Tertusuk...

SEORANG lelaki bernasib baik kerana masih diberi peluang untuk hidup selepas dadanya tertusuk...

KPDNKK Pastikan Pengeluaran Bekalan...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memastikan pengilang,...

#SoaringUpwards ‘Trending’ 10 Juta Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – Hashtag #SoaringUpwards yang merupakan laungan semangat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mendapat capaian lebih 10 juta sebutan atau ‘trending’ di media sosial sehingga hari ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini menunjukkan usaha kementerian untuk memberi kefahaman dan menerapkan intipati ‘Soaring Upwards’ dalam kalangan mahasiswa dan golongan belia berjaya mencapai sasarannya.

“Slogan ‘Soaring Upwards’ semakin menjadi trend di media massa (media cetak dan media elektronik) dan media sosial. Sebagai contoh, pada program kita di Sabah, hashtag #SoaringUpwards telah mendapat capaian lebih 3 juta sebutan manakala jelajah di Sarawak mendapat capaian lebih 4 juta sebutan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Prof Dr. Ismail Daut (BN-Merbok) mengenai keberkesanan program serta tema ‘Soaring upwards’ sebagai langkah penyebaran maklumat mengenai sistem pendidikan tinggi di Malaysia dan sasaran yang ditetapkan melalui pelaksanaan itu.

‘Soaring Upwards’ (Peningkatan Berterusan) merupakan slogan KPT yang dibudayakan semua warga kerja dan agensi di bawahnya selain Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi memberi suntikan semangat tentang perlunya peningkatan dan pencapaian berterusan di peringkat domestik dan dunia.


Idris berkata pembudayaan ‘Soaring Upwards’ merekodkan pelbagai kejayaan yang dicapai IPT.

“Sebagai contoh, universiti awam di Malaysia kini berada dalam ranking satu peratus teratas dunia manakala laporan QS World University Rankings 2016 menunjukkan Universiti Malaya meningkat ke kedudukan 133 daripada kedudukan 146 pada 2015,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori