Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Font Logo Facebook Dah...

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari jenis tulisan atau font yang dijadikan logo laman...

Cuepacs Minta Kerajaan Lihat...

SEMPORNA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melihat kebajikan...

Isu Integriti Cabaran Besar...

KUALA LUMPUR - Tanggal 25 Mac 2021, usia Polis Diraja Malaysia (PDRM) genap...

DAP Jadi Kilang Fitnah...

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan DAP sebagai ‘kilang...

SKMM Pastikan Pengurangan Kadar Selular Dilaksana Secepat Mungkin

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memastikan pengurangan kadar selular dilaksanakan secepat mungkin agar rakyat tidak terbeban dengan kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi perkhidmatan mudah alih prabayar.

Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata penyedia perkhidmatan telah memberikan maklum balas positif terhadap saranan untuk mengurangkan kadar dan menawarkan pakej-pakej khas kepada para pelajar.

“SKMM akan memantau dengan rapi isu pengurangan kadar dan cadangan pakej-pakej khas untuk pelajar,” katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini menyarankan syarikat telekomunikasi untuk menurunkan tarif perkhidmatan dan menawarkan pakej-pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar bagi mengimbangi kesan pengenaan GST.

Ahmad Shabery juga dilaporkan berkata syarikat-syarikat telekomunikasi dikehendaki melaksanakan kaedah dan pendekatan ‘beli RM10 dapat RM10’ sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.


Beliau juga dilaporkan berkata GST untuk tambah nilai kad prabayar akan dikenakan atas penggunaan iaitu apabila pengguna menggunakannya dan berpandangan cara tersebut lebih sesuai kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan.

SKMM adalah badan yang mengawal selia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran serta juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori