Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JPS Cadang Guna SMS...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bercadang untuk memperluaskan penggunaan khidmat...

Operasi Samseng Jalanan: Gadis...

BUTTERWORTH - Seorang gadis berusia 15 tahun ditahan polis dalam operasi samseng jalanan...

Pelatih Jururawat Tidak Beretika,...

Rusia – Seorang pelatih kejururawatan berdepan hukuman dibuang dari sebuah sekolah perubatan selepas...

15,000 Petugas Tambahan Bantu...

KUANTAN - Seramai 15,000 petugas tambahan yang terdiri daripada kalangan orang awam akan...

SK Sayed Othman Yang Rosak Dimakan Anai-Anai Dibaiki

MIRI – Bangunan kayu Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman, di sini yang rosak akibat dimakan anai-anai akan dibaiki semula dalam tahun ini.

Pegawai Pendidikan Daerah Miri, Dr. Hassan Hasbollah berkata pegawai Jabatan Pendidikan Negeri akan melawat bangunan kayu berusia 54 tahun yang menempatkan murid tahun satu, dua dan tiga itu, esok untuk memeriksa dan menilai kos membaiki dinding, siling dan lantai sebagai langkah jangka pendek.

“Kami harap selepas membuat pemeriksaan dan penilaian, kerja membaiki dapat dilakukan tahun ini juga,” katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah itu bersama Anggota Dewan Undangan Negeri Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, hari ini.

Hassan berkata SK Sayed Othman adalah antara sekolah yang disenaraikan untuk kerja pembaikian segera di Miri dan senarai itu telah dikemukakan awal tahun ini.

Bagi langkah jangka panjang pula, katanya SK Sayed Othman adalah antara sekolah rendah yang dipilih untuk dibangunkan semula di Miri di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

Sementara itu, Ting berkata beliau akan membuat susulan terhadap janji Kementerian Pendidikan menyediakan peruntukan RM100,000 seperti diumumkan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Puad Zarkashi pada Julai 2012 untuk membina bangunan itu, yang sehingga kini masih belum diperoleh.

“Kami akan meneruskan usaha ini dan berharap Kementerian Pendidikan akan mempercepatkan kerja membaiki secepat mungkin,” katanya.


Ting yang juga Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata parti itu bersedia menghulurkan bantuan kepada sekolah berkenaan.

Semalam, seorang murid, Nur Sheera Amyliana Iskandar, 7, mengalami kecederaan di kaki kirinya selepas lantai bilik darjahnya pecah ketika berjalan di atasnya.

Insiden itu menjadi viral di laman sosial termasuk Facebook sehingga ramai netizen melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan sekolah berkenaan yang terletak di tengah-tengah bandar raya ini.

SK Sayed Othman dibuka pada 1962 di atas tanah seluas 1.21 hektar dan ketika ini menempatkan 290 murid, 29 guru dan enam kakitangan pentadbiran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori