Aishah Suspek Ke-2 Bunuh Jong-Nam Ditahan – KPN

KUALA LUMPUR: Identiti suspek wanita kedua yang ditahan polis pada Khamis berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, disahkan dikenali sebagai ‘Siti Aishah’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan rasmi memberitahu, suspek wanita tersebut berusia 25 tahun dan merupakan warganegara Indonesia.

Berdasalkan maklumat pada pasportnya, wanita itu berasal dari Serang dan lahir pada 11 Februari 1992.

“Suspek dikenal pasti dari rakaman kamera keselamatan KLIA2. Ketika ditahan, suspek sedang bersendirian,” kata Khalid.

Siti Aishah ditahan kira-kira jam 2 pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Semalam, polis menahan seorang wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, ketika ditemui berseorangan di klia2 pada jam 8.20 pagi. – MYNEWSHUB.CC