Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dibunuh Kerana Dituduh Bakar...

Kabul - Sekumpulan aktivis wanita semalam mengusung keranda seorang wanita yang meninggal dunia...

Rakyat Berkuasa Pilih Parti...

ALOR SETAR – Rakyat mempunyai kuasa membuat keputusan bagi menentukan parti mana yang...

Mawar Dikritik Pengikut Di...

KAMI percaya, jika Mawar tidak bergelar isteri kepada pelakon Fizo Omar, pasti tidak...

Kenyataan Marzuki Tentang Pulau...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa berkata kenyataan Timbalan Menteri Luar...

Sistem SKIN Dapat Kesan Individu Disenarai Hitam

PUTRAJAYA – Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) yang bakal memodenkan perkhidmatan Jabatan Imigresen, akan dapat mengesan kemasukan individu yang disenarai hitam pihak berkuasa antarabangsa.

Setiusaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata SKIN, yang akan beroperasi sepenuhnya Januari tahun depan, akan turut meningkatkan tahap keberkesanan sistem penyampaian imigresen.

“Sistem yang cekap dan efisien sangat diperlukan dalam menangani isu keselamatan terutamanya urusan keluar dan masuk ke negara ini dan pengenalan SKIN membantu memastikan hal itu dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan selepas ini.

Sistem ini juga adalah untuk menyokong usaha kerajaan dalam Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat (US VWP) dan perjanjian Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Berat (PCSC) yang telah ditandatangani semalam antara Malaysia dan Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Penyerahan Surat Persetujuan daripada Kementerian Dalam Negeri kepada Syarikat Prestaring Berhad untuk pelaksanaan SKIN di sini, Jumaat.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim menyampaikan surat itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Prestariang Berhad Dr Abu Hassan Ismail.


Pada Khamis, Malaysia dan Amerika Syarikat menandatangani perjanjian meningkatkan kerjasama dalam Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Berat (PCSC).

Perjanjian PSCS merupakan satu daripada dua dokumen penting sebagai tambahan kepada Aturan Arahan Presiden Keselamatan Negara No 6 (HSPD-6) yang merupakan prasyarat penting bagi penyertaan Malaysia ke dalam US VWP.

Alwi berkata SKIN akan dipasang di semua pejabat imigresen termasuk pejabat yang beroperasi di pintu-pintu masuk negara serta pejabat attache di luar negara.

“Sistem ini dilihat lebih cekap dan efisien dalam aspek penyampaian sekaligus diyakini dapat mempertingkatkan aspek pencegahan dn kawalan keselamatan mengikut peranan yang dimainkan jabatan itu,” katanya. – mStar

[wpdevart_youtube]IAc2v77Iq6A[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori