Sistem Perbankan BSN Alami Gangguan

KUALA LUMPUR – Sistem perbankan Bank Simpanan Nasional (BSN) menghadapi gangguan dan tiada transaksi perbankan boleh dibuat sekarang.

BSN dalam satu kenyataan hari ini berkata, sistem perbankan itu melibatkan perkhidmatan kaunter di cawangan pengeluaran wang di mesin pengeluaran automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM), MEPS, MyBSN, dan ejen bank BSN.

Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani berkata, perkembangan terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan kami,” katanya. – BERNAMA

Loading...