Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Dikecam Kongsi Video...

TINDAKAN seorang gadis memuat naik video teman lelakinya menghulurkan sedekah, memakan diri apabila dia teruk...

Pedofilia Britain Rogol, Cabul...

RICHARD Huckle, 30, yang disifatkan sebagai penjenayah kes pedofilia paling teruk di Britain berhadapan...

Abu Zahar Berjaya Tingkatkan...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang telah...

Khalid Abu Bakar Saman...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil...

SIP: Caruman Hampir RM20 Juta Sejak Dilancarkan

KUALA LUMPUR – Caruman Skim Insurans Pekerjaan (SIP) yang diperkenalkan sebagai jaringan keselamatan sosial bagi membantu individu yang kehilangan pekerjaan atau menganggur telah mencapai kutipan sebanyak RM19,922,407 hingga 15 Feb lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata jumlah itu adalah caruman 240,077 majikan berdaftar sejak skim berkenaan dilancarkan pada 1 Jan lepas.

Katanya menerusi skim yang dilaksanakan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu, walaupun belum sampai tempoh matang, untuk bulan pertama sahaja bayaran faedah sebanyak RM802,800 telah diluluskan kepada pemohon yang layak.

“Saya ingin menjelaskan sebenarnya pembayaran atau tarikh matang untuk dapatkan bayaran atau faedah pertama ialah pada 1 Jan 2019, akan tetapi atas keprihatinan kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukkan RM122 juta untuk pastikan sistem ini amat berkesan.

“Dengan peruntukan begitu banyak setakat ini hingga 28 Feb lepas walaupun belum sampai tempoh matang…(daripada) pemohon seramai 2,471, pembayaran diluluskan (kepada) 1,336 (pemohon) dan dibayar sebanyak RM600 sebulan untuk tiga bulan,” katanya pada sesi Pertanyaan Menteri.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) yang mahu tahu faedah diperoleh pencarum SIP.


Riot berkata selain bayaran itu, pencarum juga diberi latihan melalui program ‘upscaling’ dan ‘rescaling’ bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan dalam masa terdekat.

Katanya Perkeso turut melaksanakan sesi penerangan bersama pihak berkepentingan di seluruh negara yang dihadiri lebih 6,000 peserta termasuk majikan dan pekerja, selain program publisiti mengenai SIP secara aktif menerusi radio, televisyen, media cetak, ruangan advertorial dan media sosial.

SIP adalah skim yang memerlukan pekerja dan majikan mencarum seperti mana yang diamalkan ke atas Perkeso dan ia adalah inisiatif untuk memastikan pekerja mampu bertahan sekurang-kurangnya empat bulan sebelum mendapat pekerjaan baharu.

Skim itu bertujuan antara lain mengelakkan pengangguran, menyediakan perkhidmatan kaunseling pekerjaan dan menyediakan bantuan kewangan seperti elaun mencari pekerjaan yang diberikan kepada pekerja bagi satu tempoh tertentu sementara menunggu mereka mendapatkan pekerjaan baharu. – BERNAMA

Kategori