Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peluang Beli Syarikat Seperti...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini...

Sharnaaz Ahmad Dedah Punca...

TERDAHULU, kita pernah digemparkan dengan berita pelakon, Sharnaaz Ahmad didenda kerana bersalah menumbuk...

‘Seakan Ada Suara Berkata,...

SEJAK akhir-akhir ini, pelakon senior Zarina Zainuddin sering dilihat memuat gambarnya manis bertudung litup...

Menari Untuk Berzikir Dilarang...

KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sudah memutuskan bahawa perbuatan menari untuk berzikir...

Singapura Sita 1,783 Gading Haram Diisytihar Daun Teh

SINGAPURA – Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan (AVA) dengan kerjasama Kastam Singapura dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berjaya merampas gading haram diseludup seberat 3.7 tan.

Stesen penyiaran tempatan, Channel NewsAsia pada Selasa melaporkan, ia merupakan kejayaan rampasan kedua terbesar dalam sejarah pihak AVA dan Kastam Singapura sejak kes yang sama direkodkan pada 2002 lalu.

Penyeludup antarabangsa disyaki melakukan penghantaran yang diisytiharkan sebagai daun teh dan dibawa masuk menggunakan dua kontena dari Kenya dengan destinasi penghantaran itu sebenarnya adalah ke Vietnam.

Antara yang berjaya disita ialah 1,783 keping gading, termasuk sudah dipotong-potong dan disembunyikan dalam beg-beg mengandungi serbuk daun teh selain 4 tanduk badak sumbu dan 22 taring dari singa-singa di Afrika.

Kesemua itu dipercayai bernilai S$8 juta (RM21.6 juta) dirampas untuk siasatan lanjut kerana perdagangan antarabangsa bagi gading, tanduk badak sumbu dan taring harimau dan singa diharamkan di seluruh dunia.


Singapura yang menandatangani Konvensyen Mengenai Perdagangan Antarabangsa bagi Spesis Fauna dan Flora Terancam (CITES) melarang perniagaan eksotik itu di bawah Akta Import dan Eksport Spesis Terancam.

Malah menerusi undang-undang ketat Singapura, permit CITES diwajibkan bagi sebarang urus niaga import dan eksport atau eksport semula haiwan liar serta bahagian badan dan produk haiwan tersebut ke luar negara.

Sabit kesalahan boleh didenda maksimum sebanyak S$50,000 (RM134,945) bagi setiap spesimen, tidak melebihi denda agregat sekitar S$500,000 (RM1.35 juta) dan/atau hukuman penjara sehingga dua tahun. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori