Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Dana Mudahcara Teraju Bantu...

PEKAN - Penubuhan Dana Mudahcara oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah membantu...

25 Maut Dalam Nahas...

BANGKOK - Dua puluh lima orang maut apabila sebuah minivan dan sebuah trak...

Tip Pemanduan Selamat Sempena...

PENULIS percaya kebanyakan daripada pemandu di luar sana pasti sudah tahu dan peka...

Budak ‘Kebal’ Bangun Semula...

RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang budak lelaki dilanggar sebuah kereta ketika dia sedang mengikat...

Singapura Perintis Ternak Ketam Guna Ladang Bertingkat

SINGAPURA – Sebuah ladang ternakan ketam secara bertingkat-tingkat telah lama ditubuhkan di Singapura – suatu model perniagaan yang dipercayai kali pertama seumpamanya di rantau Asia tenggara ini.

Menelan kos S$4 juta (RM12 juta), dan terletak di kawasan seluas 1 hektar di Kranji, daya usaha inovatif ini dirintis oleh syarikat RBI Group, yang menjalankan perniagaan utamanya dalam industri akuakultur.

Pada tahap keupayaan maksimumnya, kemudahan moden yang terletak kira-kira 22 kilometer di utara pusat bandar raya Singapura ini berupaya menternak sehingga 40,000 ekor ketam dalam satu-satu masa.

Berbeza daripada kolam penternakan ketam yang biasa di kolam, sungai atau laut, kaedah penternakan secara bertingkat untuk menternak ketam digunakan kerana ia tidak memerlukan kawasan tanah terlalu luas.

Baca: Singapura Haram Hidangan Mentah Ikan Air Tawar

Ketam-ketam lumpur belum matang yang dibawa masuk dari Sri Lanka, setiap satu diletakkan dalam petak berasingan serta disusun secara tinggi membentuk sebuah blok setinggi kira-kira 2.5 meter.

Menurut stesen tempatan, Channel NewsAsia, selain menjimatkan ruang dalam kawasan sempit, Pengurus Besar RBI Group, Hazi Osman menjelaskan kaedah bertingkat ini juga mempunyai banyak manfaat lain.

“Satu perkara biasa tentang ketam ialah mereka amat perlukan kawasan perairan cukup luas kerana ketam bersifat ‘territorial‘ serta selalunya bergaul sosial dalam kalangan mereka dan boleh makan sesama sendiri.

“Lazimnya kami sebenarnya memang memerlukan kawasan lebih luas. Tetapi tanah di Singapura pula tidak luas, maka kami kena ikut cara Singapura, sama seperti flat awam yang diuruskan agensi pemerintah HDB.


“Setiap ketam diletakkan dalam satu kontena. Kita maksimum kawasan itu dengan cara bertingkat supaya kita dapat memanfaatkan sepenuhnya kawasan yang terhad untuk menternak ketam,” jelas Hazi lagi.

Kaedah ini juga ujar beliau, berjaya memendekkan tempoh masa panjang untuk ketam ternakan keluaran RBI Group tersebut dapat membesar kepada berat minimum pasaran dibenarkan iaitu satu kilogram.

Bayangkanglah masa yang diambil hanyalah sebulan, berbanding lapan bulan jika mereka masih lagi menggunakan kaedah penternakan tradisional dengan memerlukan kawasan cukup luas.

“Dengan cara ini, kami mampu bawa masuk ribuan ekor anak ketam lumpur dari kolam biasan di Sri Lanka, kami letak mereka tinggal di sini dan beri makan, sehingga tahap 1 kg sebelum kami boleh jual di pasaran.

Hazi Osman sibuk memberi taklimat kepada seorang pekerja ladang ternakan ketam milik syarikatnya.

“Bagi pengguna, mereka dapat ketam segar, kalau cara tradisional, perlu menunggu 3 hingga 4 hari untuk ketam sampai dari negara luar tetapi di sini, mereka dapat ketam yang segar dan penuh berisi,” tambah Hazi lagi.

Proses unik ini juga bersifat mesra alam kerana bahan sisa boleh dijual kepada petani sayur di kawasan itu untuk diguna semula. RBI mampu menbekalkan ketam lebih segar dan memenuhi permintaan tinggi penggemarnya.

Bukan itu sahaja, RBI yang memulakan operasi penternakan ikan di Pulau Ubin sejak 2008 lagi, kini berbangga mempunyai kolam penternakan ikan bukan sahaja di Singapura, tetapi juga di Malaysia dan Sri Lanka.

Hazi menambah, syarikatnya tersebut turut menghasilkan produk makanan untuk ternakan laut melalui sebuah kilang di Sungai Tiram, Johor. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori