Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Haiwan Ternakan Di LPT2...

KEMAMAN - Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) meminta pihak berkuasa mengambil...

Lelaki Rakyat Malaysia Ditemui...

HATYAI - Seorang lelaki rakyat Malaysia ditemui mati di dalam bilik sebuah hotel...

Pembangunan Sabah Perlu Kerjasama...

KOTA KINABALU - Pembangunan Sabah memerlukan kerjasama padu rakyat, sama ada lelaki mahupun...

Gila! Iklan Pelacur Paling...

PERGH beraninya!Itu tanggapan pertama penulis apabila melihat iklan pelacur yang disiarkan secara terbuka...

Singapura Haram Mi Maggi Import Dari India

SINGAPURA – Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan Singapura (AVA) pada Jumaat mengarahkan pengimport menggantung buat sementara waktu penjualan semua mi segera jenama Maggi diimport dari India.

Arahan itu berkuat kuasa serta-merta namun, tinjauan stesen penyiaran tempatan, Channel NewsAsia mendapati masih ada lagi sesetengah kedai runcit di kawasan popular Little India terus berdegil menjual produk tersebut.

Para peniaga memberi alasan bahawa mereka tidak menerima sebarang maklumat terkini dari pembekal untuk menarik bekalan mi tersebut daripada dijual biarpun mengetahui berita mengenai pengharaman Maggi di India.

AVA mengesahkan Singapura mengimport sejumlah kecil mi jenama tersebut dari India, tetapi tidak membeli produk oat jenama Maggi dikeluarkan di India yang turut diharamkan susulan isu kadar plumbum berlebihan.

Pemerintah Singapura sedang menguji contoh mi Maggi yang dikilangkan di India, sambil menasihati pengimport yang terjejas untuk berhenti daripada menjual produk berkenaan sehingga ujian klinikal yang dijalankan selesai.


Dalam pada itu, firma pengeluar makanan gergasi dunia, Nestle secara sukarela bersetuju untuk menarik balik semua mi jenama tersebut dari pasaran India setelah teruk dikritik media kerana terlalu lambat bertindak balas.

Menerusi kenyataan laman Instagram awal pagi Jumaat, syarikat itu menegaskan produk tersebut sebenarnya selamat, namun pengguna tempatan telah dikelirukan dengan maklumat salah sehingga mencetuskan panik.
Justeru bagi mengelak situasi menjadi lebih teruk, Nestle akur dengan mengutamakan keselamatan pengguna susulan enam negeri di India serentak mengharamkan penjualan mi dan oat jenama Maggi sejak Khamis.

Malah, syarikat itu telah melakukan ujian ke atas 125 juta paket mi Maggi di India bermula Rabu lalu setelah pengguna media sosial memperbesarkan isu plumbun tinggi dalam produk berkenaan secara keterlaluan. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori