Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kit Siang ‘Berang’ Enggan...

KUALA LUMPUR - Soalannya cukup mudah hanya perlu dijawab tidak sampai lima saat...

30 Korban Tanah Runtuh,...

Santa Catarina Pinula - Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan beratus-ratus lagi hilang semalam,...

Gila!! Sanggup Bunuh Dan...

Sadis!! Seorang wanita dari Orange County mati dalam keadaan menyayat hati apabila dibunuh...

T’ganu Tanggung Kos Pembantu...

KUALA TERENGGANU - Negeri Terengganu menjadi negeri pertama, malah tindakan pertama di dunia...

Sindiket Curi, Lerai, Eksport Komponen Lori Tumpas

PELABUHAN KLANG – Seorang lelaki warga Mesir merupakan antara lima anggota sindiket ‘Botak Siva’ yang ditahan polis Selangor sejak bulan lepas, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri lori, melerai dan mengeksport komponen kenderaan itu ke luar negara, melibatkan nilai rampasan kira-kira RM2 juta.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata lelaki Mesir berusia 30-an itu ditahan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 24 Jan lepas, selepas disyaki bertindak sebagai orang tengah untuk menjalankan urusan jual beli alat ganti dan komponen lori daripada sindiket berkenaan.

Selain suspek terbabit, turut ditahan empat lagi suspek lelaki termasuk dalang sindiket berusia antara 33 dan 44 tahun di sekitar Klang dan Port Dickson, Negeri Sembilan, antara 23 Jan dan 13 Feb lepas.

“Dalang sindiket ini ditahan ketika serbuan pihak Polis Daerah Klang Selatan di sebuah gudang tidak bernombor di Taman Johan Setia, Klang pada 23 Jan lepas, bersama seorang lelaki Bangladesh yang ketika itu sedang meleraikan komponen lori dipercayai dicuri.

“Hasil siasatan lanjut membawa kepada penemuan sebuah kontena mengandungi ratusan komponen lori yang telah dileraikan di pelabuhan Singapura dengan bantuan pasukan polis Singapura dan Interpol. Kontena tersebut kemudian dibawa balik ke Pelabuhan Klang untuk pemeriksaan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata antara komponen yang ditemui dalam kontena itu adalah 13 buah enjin lori, enam buah tabung ekzos lori, 49 batang ‘absorber’ hadapan lori, 22 pintu lori, 27 batang ‘driveshaft’ lori dan 14 stereng lori, kesemuanya bernilai kira-kira RM2 juta.

Menurut beliau, hasil soal siasat, sindiket terbabit dipercayai telah bergerak aktif sejak 2015 dan modus operandi yang digunakan adalah dengan mencuri lori menggunakan ‘jammer’.

“Setiap lori mempunyai ‘remote’ dan bila sindiket ini gunakan ‘jammer’ alat ini boleh mengganggu frekuensi remote dan memudahkan pintu lori dibuka dengan mudah. Lori yang dicuri kemudian dibawa ke gudang sebelum dileraikan dan antara jenis lori yang dikenal pasti adalah jenis Isuzu, Scania dan Hino.


“Kita percaya semua lori ini dirosakkan nombor chasis serta enjin dan semua komponen lori akan dimasukkan ke dalam kontena untuk dieksport ke destinasi lain seperti Pakistan dan negara Timur Tengah seperti Mesir. Laluan yang digunakan adalah melalui Pelabuhan Klang terus ke Pelabuhan Singapura sebelum penghantaran ke Port Said, Timur Tengah,” katanya.

Tambah Mazlan, siasatan lanjut mendapati suspek mengaku telah mengeksport sebanyak empat kali pada 2017 iaitu dua kali ke Pakistan dan dua kali ke Mesir, dengan anggaran nilai eksport berjumlah RM12 juta.

Katanya lagi, kesemua suspek kini direman untuk siasatan di bawah Seksyen 413 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan juga denda.

“Pihak kami juga telah menubuhkan pasukan petugas untuk jejaki tujuh individu bagi membantu siasatan iaitu R. Rajandran, 44; P. Sarawanan, 31; N. Ganesan, 36; S. Sivvaneswaran, 44; S. Kalai Selvam, 38; M. Kannan, 35, dan S. Vigneswaran, 46,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori