Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Petronas Carigali Mungkin Disenaraikan...

NEW YORK - Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk menyenaraikan satu daripada anak syarikat...

Video: “Bang, Saya Dah...

"BANG, saya dah tengok dah," demikian reaksi seorang penumpang apabila pintu kereta yang...

Igor Zonjic Bakal Perkuatkan...

KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC 1) kini diperkemaskan dengan...

Mayat Bayi Dalam Plastik...

KUANTAN - Mayat seorang bayi perempuan ditemui tergantung dalam bungkusan plastik di pagar...

Simulasi Bantu Media Fahami Proses Pilihan Raya

SEREMBAN – Simulasi proses pengundian dan pengiraan undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi peluang kepada petugas media di sini didedahkan mengenai kedua-dua proses berkenaan yang sebelum ini sering dijadikan isu ketika pilihan raya.

Pendaftar Akademi Pilihan Raya SPR Nik Aminudin Nik Shahar Shah berkata melalui simulasi berkenaan, petugas media boleh memahami dengan lebih mendalam proses yang dilakukan ketika hari pengundian, sekali gus boleh menafikan tohmahan yang sengaja dibangkitkan sesetengah pihak.

“Kita telus dalam menjalankan tanggungjawab semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang. Simulasi ini didedahkan agar pihak media boleh sampaikan kepada orang awam mengenai perkara sebenar terutama semasa proses pengundian.

Sebab itu kita tunjukkan proses sebenar supaya tiada ruang untuk berlakunya manipulasi dalam proses itu dan kita membuka ruang untuk soalan dan jawapan semasa taklimat ini sekiranya ada lagi keraguan tentang proses pengundian,” katanya dalam sidang media selepas sesi taklimat SPR bersama petugas media Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Nik Aminudin berkata simulasi yang dijalankan di seluruh negara membabitkan semua petugas media bertujuan untuk menerangkan tentang peranan SPR dan juga media ketika pilihan raya berlangsung.


“Tujuan kita membuat simulasi ini adalah untuk mendidik dan bukan kepada nak menjawab kepada isu. Namun melalui isu tersebut, kita tunjukkan kaedah supaya sekiranya ada isu yang berbangkit (selepas ini) petugas media dan rakyat boleh menilai perkara tersebut (sama ada) betul atau tidak,” katanya.

Sesi taklimat selama lebih empat jam bermula pukul 8.30 pagi tadi di sampaikan Penolong Pengarah Pendidikan Pengundi Akademi Pilihan Raya SPR Abdul Fatah Mohd Pilus serta Nik Aminudin.

Ia disertai 30 petugas media dan agensi kerajaan yang lain. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPR

Kategori