Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hanya 30 Peratus Pengguna...

KEMAMAN - Sikap pengguna yang memandu laju dengan purata melebihi had kelajuan 110...

UMNO Teruskan Program HELP...

KUALA LUMPUR - Menyedari kepentingan pendidikan dapat membantu mengubah nasib seseorang ke tahap...

Lepas Ditipu, Dihina Enggan...

MULA-MULA ditipu dengan janji pinjaman PTPTN akan dimansuhkan, kemudian, dihina sebagai tidak amanah...

Nak Tarik Sokongan Di...

Seorang pemimpin veteran Umno kelihatan mencabar Bersatu bertindak menarik sokongan mereka kepada Menteri...

Simulasi Kebakaran LRT Uji Anggota, SOP

PETALING JAYA – Bagi menguji kesiapsiagaan anggota penyelamat dan prosedur operasi standard (SOP) ketika menangani kecemasan membabitkan tren transit aliran ringan (LRT), satu simulasi insiden kebakaran tren diadakan di stesen Putra Heights pagi ini.

Senario simulasi itu melibatkan sebuah tren aliran aliran Ampang/Seri Petaling ‘terbakar’ menyebabkan seorang ‘maut’, tiga ‘cedera’ dengan kira-kira 50 penumpang dalam tren itu ‘panik’ apabila ‘terperangkap’ dalam tren terbakar yang terhenti di atas landasan.

Ketua Jabatan Keselamatan tren Rapid Rail Sdn Bhd Shahrul Azhar Shamshudin berkata latihan yang berlangsung dari 1 hingga 3 pagi itu bagi menguji keberkesanan Pelan Tindakan Kecemasan dan buat pertama kali ia melibatkan dua laluan tren iaitu aliran Kelana Jaya dan Ampang/Sri Petaling secara serentak.

“Senario simulasi sengaja dipilih ke tahap ekstrem kerana mahu memastikan kakitangan kami benar-benar sentiasa bersedia dengan tindakan kecemasan masing-masing khususnya komunikasi dan kerjasama dengan agensi kecemasan ERA.

“Latihan simulasi dibuat tengah malam selepas waktu operasi kerana kami tidak mahu mengganggu operasi harian tren,” katanya ketika ditemui selepas latihan simulasi itu di Stesen Putra Heights, awal pagi ini.


Latihan itu melibatkan antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya serta pasukan perubatan Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang, selain mengambil kira pelbagai senario termasuk penumpang dilanggar tren apabila cuba menyelamatkan diri. – BERNAMA

Kategori