Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Lepas Bunuh, Campak...

SEORANG lelaki ditemui tidak lagi bernyawa dalam sebuah longkang di Jalan Bagan Dalam Butterworth,...

Peluang Beli Durian Di...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan 'Pesta Durian PLUS' dan...

Warga JPA Bersukan Sempena...

PUTRAJAYA - Kira-kira 500 warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menyertai Ketua...

Koleksi Gambar Lucu Realiti...

SALAH satu sebab kita perlu berkahwin adalah untuk mendapatkan zuriat yang sah bagi...

Simpanan Pendeposit Tabung Haji Dijamin Kerajaan

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata pendeposit Lembaga Tabung Haji tidak perlu bimbang dengan simpanan
mereka di institusi itu kerana ia dijamin kerajaan.

Beliau menegaskan pendeposit tidak perlu terpengaruh dengan sebarang hasutan
mana-mana pihak yang menyarankan mereka supaya mengeluarkan deposit mereka dari
Tabung Haji.

“Jadi tidak berbangkit kalau ada mana-mana pihak yang cuba menghasut
(supaya) pendeposit mengeluarkan simpanan mereka dari Tabung Haji.

“Kita mengambil maklum akan keputusan-keputusan yang telah dibuat dan Majlis
Tertinggi (UMNO) telah membuat beberapa pandangan dalam perkara tersebut,” kata
Najib yang juga Presiden UMNO pada sidang media selepas mempengerusikan
mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib-naib
Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein serta ketua-ketua sayap pergerakan parti itu.

Lembaga Tabung Haji sebelum ini dilaporkan membeli tanah milik 1Malaysia
Development Bhd (1MDB) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) yang sedang
dibangunkan yang menjurus kepada pelbagai spekulasi.

Tabung Haji kemudian membuat keputusan untuk menjual semula tanah tersebut
dan setakat ini dilaporkan menerima tiga tawaran daripada pihak yang berminat
membelinya.

Mengenai 1MDB, Najib berkata Majlis Tertinggi UMNO meminta siasatan oleh
Ketua Audit Negara terhadap syarikat pelaburan itu dipercepatkan dan laporan
siasatan itu dibentang untuk pengetahuan rakyat.


Katanya beliau berharap Ketua Audit Negara dapat membuat kenyataan tentang
bila laporan tersebut boleh dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang
Negara (PAC).

Beliau berkata Majlis Tertinggi juga mengharapkan tindakan-tindakan
tegas diambil terhadap sesiapa yang didapati menyalahi undang-undang berdasarkan
laporan hasil siasatan itu nanti.

Katanya, Majlis Tertinggi juga memberi sokongan kepada usaha untuk
menyelesaikan masalah 1MDB.

“Beberapa anggota Majlis Tertinggi UMNO telah menawarkan pengalaman dan
dan pengetahuan mereka untuk membantu menyelesaikan masalah 1MDB.

“Dalam pada itu, apa-apa langkah yang tegas yang boleh diambil maka atas
nasihat Majlis Tertinggi, pihak kerajaan akan memberi pertimbangan dan kerajaan
akan membuat keputusan selanjutnya,” katanya.– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori