Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Interpol Batal Notis Merah...

RASMI... Tindakan Interpol membatalkan permohonan notis merah dikemukakan India kepada penceramah terkenal, Dr....

Polis Selesai Ambil Keterangan...

KUALA LUMPUR - Polis selesai mengambil keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia...

Eksekutif Rugi RM8,000 Diperdaya...

MIRI - Seorang eksekutif pengurusan syarikat di sini kerugian RM8,000 ditipu seorang lelaki...

Penjadualan Semula SPM 2022...

KUANTAN: Penjadualan semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi 533 calon yang tidak...

Simpan Motosikal Curi, Pengawal Keselamatan Dipenjara 9 Bulan

KUALA LUMPUR – Akibat menyimpan sebuah motosikal curi, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Yusuf Mohamad Ghafur, 39, setelah dia mengaku bersalah menyimpan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss milik Muhammad Hadi Tan Abdullah, 46, seorang peniaga.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda.


Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung seorang ibu dan tiga orang anak saudara.

Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira tertuduh mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dadah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori