Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Dong Zong Jangan Melampau!...

MARANG - PAS menyifatkan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)...

Potong, Goreng Dan Makan...

AKIBAT terlalu geram, seorang lelaki berusia 25 tahun di Indonesia dikatakan telah memotong,...

Mayat Mangsa Tinggalkan ‘Nota’...

Mayat seorang lelaki yang dilaporkan terjun di kilometer 11.3 Jambatan Sultan Abdul Halim...

PPZ-MAIWP Sedia 6 Saluran...

ZAKAT merupakan rukun Islam ketiga yang wajib dilaksanakan setiap muslim yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh...

Siasatan Kes Rogol Pelarian Rohingya Masih Tertangguh

BANDA ACEH – Masalah bahasa menyebabkan siasatan kejadian rogol tiga wanita pelarian Rohingya di kem penempatan di bandar ini tertangguh, kata polis.

Ketua polis daerah Lhokseumawe, Anang Triarsono berkata, tujuh saksi termasuk seorang wanita disoal siasat, tetapi sehingga kini tiada suspek dikenal pasti.

Bulan lalu, empat wanita dan enam lelaki Rohingya berusia 14 hingga 28 tahun ditahan sekumpulan lelaki tempatan ketika mahu meninggalkan kem penempatan mereka.

Mereka mendakwa kumpulan lelaki bertopeng itu memukul mereka dan merogol tiga wanita termasuk seorang kanak-kanak berusia 14 tahun.


Kejadian itu mencetuskan bantahan lebih 200 pelarian Rohingya yang mengancam meninggalkan kem penempatan di Blang Adoe.

Semua pelarian itu diselamatkan pihak berkuasa Indonesia selepas bot nelayan yang dinaiki mereka hanyut ke perairan Aceh empat bulan lalu. – AP/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori