Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Cuba ‘Tukar Baju’...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan...

Wanita Maut Terhidu Asap...

JOHOR BAHRU – Seorang wanita maut dipercayai akibat terhidu asap dalam kebakaran di...

Tiga Maut Dalam Insiden...

HOUSTON - Dua pelajar terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah sekolah tinggi di...

Kerjasama UMNO, PAS Telah...

JELI - Kerjasama antara UMNO dan PAS telah berlangsung selama dua tahun, kata...

Siasatan Isu Tanam Kepak Ayam Siap 2 Minggu

KUCHING – Pasukan khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi menyiasat isu kepak ayam yang ditanam di Bukit Aup, Sibu dan kemudian digali oleh orang ramai pada 4 April lepas, diberi masa selewat-lewatnya dua minggu untuk menyiapkan laporan mereka.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk T. Subromaniam berkata jika siasatan menunjukkan terdapat unsur di mana prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi dalam aspek pelupusan bahan berkenaan, tindakan keras akan diambil.

Beliau berkata berdasarkan laporan awal, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat sedikit pelanggaran SOP, namun menurutnya setiap aspek perlu diteliti terlebih dahulu seperti penglibatan pegawai atau kontraktor sebelum sebarang tindakan diambil.

“Saya tak nak tunding jari, kita tunggu siasatan selesai, Jabatan Kastam anggap ini perkara serius, kita tidak akan ambil mudah perkara ini. Sebarang tindakan lanjut akan diambil hanya selepas siasatan dilengkapkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi CBOS 3.0 Sarawak di Wisma Kastam di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan penyiasat yang ditubuhkan sejurus selepas insiden berkenan menjadi tular perlu diberi masa kerana banyak pihak yang mereka perlu hubungi untuk diambil kenyataan.


Isu kepak ayam itu timbul apabila orang ramai dilaporkan berebut-rebut menggali satu kawasan di Bukit Aup bagi mendapatkan kepak ayam beku yang dikatakan berjumlah tiga kontena yang dilupuskan dengan cara ditanam di kawasan berkenaan.

Kepak-kepak ayam itu adalah sebahagian daripada 81,500 kilogram kepak ayam beku dari Belanda yang dirampas oleh pasukan penguat kuasa dari Putrajaya pada 23 Feb lalu di Lembaga Pelabuhan Rajang kerana tidak memiliki permit import, yang bernilai kira-kira RM543,756 dengan duti import bernilai RM108,751.20. – BERNAMA

Kategori