Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

OKU Mengaku Buat Gangguan...

POLIS menahan lelaki berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) bagi membantu siasatan berhubung gangguan...

Bodyguard Cuai, Lelaki Sedang...

LONDON - Kawalan keselamatan ke atas Perdana Menteri Britain, David Cameron kini menimbulkan...

Wanita Tawar Khidmat Terapi...

MOSCOW - Seorang wanita muda di sini menawarkan perkhidmatan berbaring selama satu jam...

Gaduh Dengan Suami Baling...

SEORANG lelaki cedera di kepala selepas terkena pisau pemotong daging yang dilemparkan oleh...

Siasatan Bersama MH17 Bermula, Keluarga Dibenar Melawat

Pasukan penyiasat antarabangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 berkumpul minggu ini untuk membuat siasatan pertama secara bersama ke atas serpihan pesawat berkenaan.

Selain itu, Pihak Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) akan membina semula bangkai pesawat itu secara teknologi tiga dimensi (3D) di sebuah Pangkalan Tentera Udara Belanda di mana serpihan disimpan.

Kenyataan itu juga menyebut, ahli keluarga mangsa nahas akan dibenarkan melawat lokasi berkenaan awal bulan depan.

BACA – MH17 : Rusia Hargai Pendirian Berkecuali Malaysia

Pihak DSB berkata serpihan dan bangkai pesawat itu hanya berjaya dibawa ke Belanda hujung tahun lepas kerana keadaan lokasi nahas yang berada dalam zon perang.

Ia berikutan konflik antara kerajaan Ukraine dan puak pemberontak pro-Russia berhampiran sempadan kedua-dua negara.

Lokasi nahas yang terletak berhampiran sempadan Ukraine di Donetsk itu juga dikuasai pemberontak yang menghalang siasatan secara bebas dan selamat dilaksanakan di kawasan itu.

Pesawat jenis Boeing 777 itu terhempas di situ ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa bersama 298 orang penumpang dan anak kapal.

Menurut kenyataan kerajaan Amerika Syarikat (AS), pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara sementara kerajaan Rusia mendakwa kerajaan Ukraine yang menembak jatuh pesawat berkenaan.

“Dalam minggu lepas, pasukan penyiasat telah menyiasat beberapa bahagian bangkai, memeriksa bahagian yang patah, peralatan rosak dan kesan terhempas,” kata Lembaga Keselamatan Belanda dalam kenyataan itu.


Dalam laporan awal nahas berkenaan, pasukan penyiasat Belanda mendapati bahagian fiuslaj pesawat MH17 telah ditembusi sesuatu dengan kelajuan dan tenaga yang tinggi.

Ia berkemungkinan dihasilkan daripada sesuatu yang bergerak dari darat ke udara.

Pihak Belanda mengetuai siasatan nahas dan jenayah ke atas pesawat berkenaan kerana lebih daripada 2/3 bilangan penumpang merupakan warga Belanda.

Pasukan penyiasat dari Ukraine, Malaysia, Australia, Britain, Belgium dan Jerman turut mengambil bahagian.

– MYNEWSHUB.CC

Istiadat Penghormatan Jenazah Malaysia Nahas Pesawat MH17

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori