Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

81 Wartawan Maut Semasa...

KUALA LUMPUR - Petugas media di seluruh negara diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam...

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor:...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menghadiri majlis...

Hanya Lakon Drama, Eyka...

DI bulan mulia ini, pastinya semua umat Islam akan berebut-rebut melakukan amal ibadat...

Poster Palsu: Ketua UMNO...

BUKIT MERTAJAM - Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said...

Siasat Dakwaan George Soros Biaya Bersih – Zahid

KUALA LUMPUR – Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia harus disiasat secara emperikal, iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.

“Soalnya bukan “siapa” dibiayai dan “kenapa”. Apa yang harus ditanya ialah penglibatan pihak luar terhadap politik negara.

“Ini kerana politik Malaysia mengikut acuan yang sesuai dengan politik negara kita. Tidak perlulah, jika benar melibatkan pihak luar apatah lagi pembiayaan aktiviti politik sama ada menentang atau menyokong mana-mana organisasi atau individu,” katanya kepada pemberita pada pelancaran buku bertajuk ‘Being Abdullah Badawi’, di sini hari ini.

Menurut laporan media hari ini, satu kumpulan asing dipengerusikan jutawan George Soros membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.


Ditanya mengenai gesaan beberapa pemimpin tempatan supaya siasatan dijalankan ke atas organisasi yang terlibat, Ahmad Zahid berkata ia akan dilakukan sekiranya terdapat laporan polis.

“Biar laporan polis dilakukan. Kita juga akan lakukan tindakan sebagai mana saranan itu. Kita tidak tertakluk pada sebarang spekulasi atau saranan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori