Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Cedera Kemalangan...

BANGKOK – Tujuh pelancong Malaysia daripada sebuah keluarga cedera ringan apabila kenderaan pacuan...

Lelaki Warga China Ditahan...

SIBU - Biarpun sudah lama menghilangkan diri, seorang lelaki warga China berjaya diberkas...

Kisah 1MDB ‘Sukar Untuk...

PETALING JAYA - Seorang ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dari PKR mendapati...

Kafe Dikendali Pelajar OKU...

KUALA LUMPUR - Kafe Inspired Kitchen, yang dikendalikan pelajar orang kurang upaya (OKU)...

Siar Langsung Saat Maut Nahas Jalan Raya

NEW DELHI – Lapan rakan menyiarkan secara langsung nahas jalan raya yang membunuh empat daripada mereka ketika berseronok mengadakan sambutan hari jadi termasuk bermain mercun di dalam kereta.

Rakaman kejadian dipercayai berlaku di Udaipur, Rajasthan itu bermula dengan lapan pemuda itu dianggarkan berusia antara 20 hingga 25 tahun yang menaiki satu kereta pada mulanya bersuka ria dalam perjalanan ke Dungarpur.

Meter laju menunjukkan kereta itu bergerak 87 kilometer sejam dan rakan berkenaan ketawa mengulas kelajuan kenderaan berkenaan.

Rakaman langsung itu menunjukkan mereka saling bergurau sehingga tiba-tiba terhenti, dilaporkan saat kereta dinaiki merempuh lori yang terhenti di tepi jalan berhampiran sebuah kampung tidak jauh dari destinasi mereka.

Empat rakan terbabit mati serta-merta manakala empat yang lain dikejarkan ke hospital di Udaipur.


Menurut laporan media tempatan, lapan rakan itu bermain mercun walaupun kereta itu bergerak laju. Semua laporan tidak menamakan pemuda terbabit dan keadaan empat mangsa yang cedera tidak diketahui.

Nasib pemandunya juga tidak diketahui. – Agensi/myMetro Online

Kategori