Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siasat Kes 648 Guru...

AYER KEROH: Jabatan Pendidikan Melaka diarah menyiasat punca 648 daripada 13,976 guru di...

TNB Nasihat Waspada Guna...

KUALA LUMPUR - Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi,...

Tiada Kenaikan Tol Lebuh...

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan tiada kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di...

Zakir Naik Ke Bukit...

KUALA LUMPUR - Pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik hadir ke Ibu Pejabat Polis...

Shabery Cabar LPP Wujud Produk ‘Juara’ Dunia

KUALA LUMPUR – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dicabar wujudkan produk bertaraf ‘juara dunia’ sebagai langkah membuka laluan kepada produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, idea berkenaan bertepatan dengan transformasi yang sedang dirancang LPP.

“Jangan cakap soal cukup untuk makan sahaja sebab suasana dah berubah, soal cukup makan, membasmi kemiskinan itu satu peringkat pada waktu dahulu,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan majlis Transformasi 44 tahun LPP, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi LPP, Tan Sri Zainal Dahalan.

Ahmad Shabery berkata, untuk berkembang maju, LPP tidak harus memberi fokus untuk bersaing hanya di padang sendiri.


“Saya tak cakap jaguh sesama kita. Saya cakap juara, yang bersaing dengan produk Thailand dan Jepun keluarkan, barulah kita boleh berbangga, ini adalah produk kita,” katanya.

Beliau turut memberi idea supaya produk-produk yang bakal dikeluarkan turut dihasilkan dalam bentuk proses.

Ahmad Shabery pada majlis berkenaan turut menyampaikan watikah penubuhan enam pejabat Jurutera Wilayah LPP dan menyempurnakan penyerahan bendera Ekspedisi Gunung Kilimanjaro, Afrika Selatan oleh pasukan LPP. – BERNAMA

Kategori