Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kisah Cinta Sejati Pengisi...

PASANGAN bercinta atau suami isteri selalu percaya, mereka miliki cinta sejati. Perasaan inilah...

Bekas Anggota Polis Antara...

SHAH ALAM – Dua lelaki termasuk seorang bekas anggota polis berpangkat lans koperal...

Tindakan Tegas Pihak Salah...

IPOH - Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang...

23,808 Anak Penyu Dilepaskan...

SANDAKAN - Pusat Penetasan Telur Penyu di Pulau Libaran berjaya memungut 30,860 telur...

Setahun Lebih Siapkan Stadium JDT – TMJ

KUALA LUMPUR – Projek pembinaan sebuah stadium baharu di Johor dijangka mengambil tempoh selama setahun lebih untuk disiapkan.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, perkara itu dimaklumkan oleh syarikat yang akan membina stadium tersebut.

“Sebuah syarikat besar yang akan membina stadium tersebut telah menyampaikan kepada kami bahawa projek pembinaan stadium ini boleh disiapkan dalam masa satu tahun setengah.

‘Saya akan mengadakan majlis upacara pecah tanah bagi pembinaan stadium tersebut pada 30 Januari 2016 bersama penyokong Harimau Selatan kerana kelab bola sepak ini milik penyokong JDT,” titah baginda dalam satu kenyatan hari ini.

Tunku Ismail bertitah, baginda bersyukur kerana Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memberi dana kepada kelab JDT untuk membina stadium baharu dan Bandar Sukan JDT.


Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) semalam mengumumkan Sultan Johor berkenan mengurniakan dana untuk pembiayaan stadium baharu dan 70 ekar tanah pemberian kerajaan negeri untuk dijadikan Bandar Sukan JDT.

Ia akan menjadi pusat untuk semua jenis sukan di bawah nama JDT dan kemudahan-kemudahan lain seperti Hotel JDT, Apartment JDT dan Pusat Membeli-belah JDT. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori