Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRN Melaka: PAS Guna...

KUALA LUMPUR - PAS akan menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan...

Pondok Khas Untuk Lelaki...

ANDA mengalami tekanan selepas seharian bekerja? Kepada kaum lelaki di New York, anda...

“Jerebu Hilang Malam Ini...

KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yakin fenomena jerebu yang berlaku kini...

Terjawab Mengapa Abang Ni...

Semalam kami menyiarkan berita bertajuk Kenapa Abang Ni Bersungguh Libas Parang Sabit?.Dalam berita...

Seru Umat Islam Bantu Saudara Seagama Di Rakhine

KANGAR – Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa umat Islam di negara ini membantu saudara seagama etnik Rohingya yang kini tersepit dan menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar.

Katanya inilah masa umat Islam menunjukkan kepada dunia betapa agama Islam mencintai keamanan.

“Tunjukkalah semangat persaudaraan dan simpati kita kepada saudara-saudara kita yang sedang dibunuh dengan rakusnya. Hulurkan bantuan dengan kadar yang mampu. Gambarkan kepada dunia betapa umat mencintai keamanan,” katanya dalam catatan terkini laman Facebook beliau hari ini.

Pada masa sama beliau turut meluahkan rasa kecewa dengan masyarakat dunia yang tidak melabelkan rejim tentera Myanmar sebagai pengganas.

“Rejim Myanmar dan pelampau Buddha bertindak seolah-olah mereka pengganas dan malangnya pihak-pihak yang sepatutnya menghalang perbuatan itu berdiam diri,” katanya.


Media antarabangsa melaporkan keganasan pasukan keselamatan Myanmar terhadap etnik Islam Rohingya di Rakhine kali ini adalah antara yang terburuk dalam sejarah negara itu dengan hampir 90,000 golongan berkenaan melarikan diri ke Bangladesh selain ada yang terperangkap di kawasan pergunungan tanpa sebarang bekalan asas.

Laporan media menyebut pasukan tentera Myanmar melancarkan operasi ke atas masyarakat minoriti itu selepas sekumpulan kecil militan Rohingya melakukan serangan terhadap pos kawalan sempadan pada Ogos lalu yang menyaksikan 12 anggota pasukan keselamatan Myanmar terbunuh. – BERNAMA

Kategori