Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tun M Minta Semak...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak...

Gerakan Terima Azmin Dengan...

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menerima Datuk Seri Mohamed Azmin...

Raptai Istiadat Lafaz Sumpah...

KUALA LUMPUR - Raptai bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh...

UMNO Tak Panik ‘Drama’...

UMNO sama sekali tidak tertekan, apatah lagi panik dan berpecah dalam berdepan isu...

Serang Guna Parang: 3 Remaja Lelaki Ditahan

JOHOR BAHRU – Tiga remaja lelaki yang terlibat dalam kes mencederakan seorang peniaga di kawasan perumahan Bandar Selesa Jaya, Skudai di sini pada Isnin lepas telah ditahan oleh polis selang sehari selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata penahanan ketiga-tiga suspek berusia antara 16 dan 19 tahun itu dibuat di sekitar kawasan perumahan itu, kira-kira pukul 12 tengah malam.

Turut dirampas sebuah motosikal yang disyaki digunakan semasa kejadian.

Menurut beliau, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati kesemuanya negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Bagaimanapun, kesemuanya telah direman mulai semalam (30 Nov) hingga esok bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Polis juga sedang mengesan rakan-rakan suspek yang masih bebas,” kata Noor Hashim dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang berusia 24 tahun dicederakan setelah membantu meleraikan perselisihan faham antara seorang lelaki yang merupakan rakannya dan juga sekumpulan 10 lelaki yang membuat bising menggunakan motosikal di hadapan rumah rakannya itu.

“Pada mulanya, kesemua suspek beredar dari tempat kejadian dan mangsa bersama rakannya pula kembali ke rumah masing-masing.


“Namun, selang 15 kemudian, rakannya terdengar semula bunyi bising motosikal dan mendapati ada sebuah kereta berada di hadapan rumah mangsa.

“Dia berasa curiga dan terus ke rumah mangsa yang terletak selang sebuah rumah dan mendapati rakannya telah cedera iaitu berdarah di jari tengah tangan sebelah kiri,” katanya.

Noor Hashim memberitahu, berdasarkan maklumat yang diberitahu mangsa kepada rakannya itu, suspek didapati telah datang semula ke kawasan perumahan terbabit dengan membawa rakan-rakan yang lain dan memaksa mangsa keluar dari rumah.

Apabila mangsa keluar ke halaman rumahnya, sebahagian daripada suspek yang disyaki dalam keadaan mabuk telah melibas parang ke arah mangsa dan terus melarikan diri.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah dan menerima enam jahitan di jarinya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori